web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Ceramah Politik Di Masjid, Surau Paling Terkesan Kepada PAS - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan pihak berkuasa agama di Terengganu dan Perak terhadap ahli politik menggunakan masjid dan surau untuk menyampaikan ceramah adalah bagi mengekang mesej yang berisiko menimbulkan hasutan dan perpecahan, kata penganalisis.

Walaupun ia adalah langkah dikenakan kepada semua ahli politik, PAS mungkin menjadi pihak yang paling terjejas.

Tindakan dikenakan Terengganu, iaitu negeri dipimpin PAS dan Perak itu dibuat selepas larangan sama dibuat Selangor dan Johor.

Pakar geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, beliau percaya negeri lain akan mengikuti langkah Terengganu dan Perak, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November lalu, menunjukkan beberapa ahli politik PAS secara terbuka menyebarkan mesej ‘kebencian’ yang menyeru kepada kaum dan agama.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

“Seperti Terengganu dan Perak, negeri lain berkemungkinan melakukan perkara sama kerana mereka (mesej kebencian) sudah sampai ke tahap bahaya.

“Masjid dan surau bukanlah tempat sesuai untuk bercakap mengenai politik kerana ia sepatutnya menyatukan manusia, ini adalah peranan agama,” kata Azmi kepada The Vibes.

Beliau berkata, walaupun berdakwah berhubung topik agama, mereka akan mengambil kesempatan itu untuk memasukkan elemen politik.

“Sultan yang mempunyai kuasa mentadbir masjid dan surau serta hal ehwal agama lain, tiada pilihan,” kata Azmi sambil menambah jika tidak ditangani, penularan retorik sedemikian boleh menimbulkan kekecohan dan kekacauan.

Pada 7 Mac lalu, Jabatan Agama Islam Perak mengeluarkan arahan melarang ahli politik memberi kuliah di masjid dan surau berdaftar di negeri berkenaan.

Larangan di Perak dibuat kurang seminggu selepas arahan sama dikeluarkan Terengganu terhadap pemimpin politik dan aktivis daripada menggunakan masjid serta surau untuk aktiviti atau kuliah politik.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang membantah perkara itu dengan berkata beliau akan terus menyampaikan khutbahnya di masjid.

 PAS dan Istana

Larangan terhadap ahli politik dan aktivis di Terengganu adalah perlu kerana ia adalah satu-satunya negeri pimpinan PAS yang mana pihak berkuasa agama, mengambil tindakan sedemikian.

Ia juga signifikan berikutan kejayaan Perikatan Nasional (PN) menakluk beberapa negeri lain pada PRU-15, selain ‘merampas’ semua negeri dikuasai PAS yang digelar pemerhati politik sebagai ‘gelombang hijau’.

Januari lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan larangan ke atas masjid dan surau daripada digunakan untuk menyebarkan dakyah politik.

Pada Disember 2021, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melalui majlis agama negeri berkenaan bahawa Islam tidak boleh dipolitikkan dan dijadikan bahan politik mana-mana pihak, khususnya di masjid dan surau Selangor.

Justeru, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Azmil Tayeb turut senada bahawa PAS mungkin paling terjejas dengan larangan itu kerana masjid adalah pusat untuk parti terbabit, mengatur ahli akar umbinya dan menyebarkan dakwahnya.

Ketika ditanya sama ada larangan di Terengganu pimpinan PAS akan membawa kepada ‘kemelut hubungan’ antara parti itu dan istana negeri yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal agama, Azmil bersetuju.

“Bukan satu rahsia menghenti hubungan itu, terutama selepas PRU15 apabila pihak istana seolah-olah memihak kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) dan Kerajaan Perpaduannya.

“Perpecahan ini akan tercetus dalam kalangan pihak berkuasa agama negeri yang ditugaskan untuk menguatkuasakan peraturan dan antara partisan PAS dan mereka yang menyokong istana,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura. Oh Ei Sun memuji larangan itu, sambil menyatakan bagaimana sentimen agama mudah digerakkan semasa kempen pilihan raya.

“Dalam negara berbilang kaum seperti ini, ia boleh membawa kesan buruk bukan sahaja untuk perpaduan Malaysia, tetapi juga untuk keselamatan awam.

“Bagi majoriti rakyat Malaysia, agama harus dipisahkan daripada politik dan tempat ibadat tidak seharusnya menjadi medan politik.

“Hadi dialu-alukan menyampaikan khutbah dengan kandungan agama, tetapi bukan politik,” tambahnya. - The Vibes, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad