web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Takkan Sudah Dapat Padang Percuma, Tak Boleh Tampung Kos Selenggara?’ - TMJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 9:35AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan sikap pasukan bola sepak di beberapa negeri yang tidak berminat menerima ‘padang percuma’ daripada kerajaan kerana enggan mengeluarkan wang untuk penyelenggaraan kemudahan itu.

Tunku Ismail berkata, ketika sesi perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Johor Bahru baru-baru ini, baginda memberitahu bahawa kos untuk satu padang bola sepak yang bagus tidak melebihi RM1 juta.

Katanya, baginda mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya boleh membantu bola sepak Malaysia dengan memberikan padang yang baik di kesemua 14 negeri.

“(Saya cadangkan) Ia kemudian diselenggarakan pasukan bola sepak yang menggunakannya kerana padang adalah antara perkara utama dalam sukan ini.

“Saya gembira apabila Yang Berhormat Hannah bersetuju.

“Saya memuji inisiatif dilakukan beliau dan pihak KBS bagi memastikan stadium di Malaysia mempunyai padang bola sepak yang baik,” katanya menerusi hantaran di InstagramStory.

Namun, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, apabila baginda melakukan penyelidikan dan menerima maklumat berhubung perkara itu, ada beberapa pasukan tidak berminat.

“Pasukan ini tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya adalah perkara yang penting,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Tunku Ismail berkata, keadaan padang tempatan yang teruk itu adalah sebab mengapa Malaysia tidak dapat menganjurkan kejohanan antarabangsa, seperti mampu dilaksanakan beberapa negara jiran, antaranya Thailand dan Vietnam.

“Kos penyelenggaraan adalah sekitar RM240,000. Takkan sudah dapat padang percuma tetapi tidak boleh menampung kos penyelenggaraan walaupun menerima bajet tahunan bernilai jutaan ringgit?

“Ini adalah akibatnya apabila ada pemilik kelab atau presiden bola sepak yang tidak mempunyai minat atau kecintaan terhadap bola sepak, tetapi berada dalam industri bola sepak semata-mata untuk agenda peribadi,” katanya.

Sebelum ini, TMJ menggesa semua pihak terbabit menaik taraf padang stadium masing-masing kepada rumput lebih berkualiti.

TMJ menjelaskan rumput lembu atau ‘Cowgrass’ tidak lagi sesuai digunakan dalam bola sepak moden. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor Esok

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Padang Ini Perlu Lebih Masa, Akan Terkopak Semasa Perlawanan' - TMJ

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bina Perisai Manusia Lindungi Keluarga, 'Ini Pengalaman Terburuk Dalam Hidup Saya' - TMJ

4

Semasa 3 tahun yang lalu

TMJ Kongsi Terserempak Buaya Ketika Berenang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad