web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menu Rahmah McDonald's Bukti Bukan Makanan Kelas Rendah - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 3:25PM

Salahuddin (kemeja putih) berkata inisiatif restoran makanan segera terkemuka itu membuktikan bahawa Menu Rahmah bukanlah menu kelas rendah yang kononnya hanya dibuat untuk golongan B40, seperti didakwa sesetengah pihak. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - McDonald's Malaysia hari ini melancarkan Menu Rahmah bagi membolehkan rakyat Malaysia turut menikmati hidangan McDonald's serendah RM5 di lebih 300 cawangannya seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif restoran makanan segera terkemuka itu membuktikan bahawa Menu Rahmah bukanlah menu kelas rendah yang kononnya hanya dibuat untuk golongan B40, seperti didakwa sesetengah pihak. 

"Saya yakin syarikat ini tidak akan berkompromi dalam memastikan makanan yang disediakan adalah berkualiti dengan harga berpatutan," katanya selepas majlis pelancaran tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Melati Abdul Hai berkata restoran itu menawarkan tiga pilihan menu yang masing-masing disertakan dengan teh ais limau cawan kecil iaitu burger ayam, bubur ayam dan McEgg. 

"Kami gembira dapat bersama menyokong dan menyediakan Menu Rahmah dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat dan menangani isu peningkatan kos sara hidup. 

"Ini juga merupakan usaha kami menyantuni masyarakat selain menarik lebih ramai pelanggan dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama menikmati hidangan kami," katanya.

Beliau berkata sempena pelancaran Menu Rahmah itu juga, McDonald's mengumumkan kemunculan semula menu yang dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald's mulai hari ini.

McDonald's juga akan melaksanakan kempen Promosi 30 Hari Ramadan yang pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik melalui aplikasi McDonald's sepanjang bulan Ramadan.

Terdahulu, McDonald's turut menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia di Kajang dengan hidangan Menu Rahmah, sebahagian daripada usaha berterusan syarikat itu dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Salahuddin Dekat Di Hati Rakyat, Inisiatif Rahmah Beri Manfaat Besar

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bungkusan Coca-Cola, McDonald's, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Disenarai Hitam Serta-Merta Jika Sekongkol Manipulasi Harga Gula - KPDN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar