web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ular Sawa Seberat 150kg Kejutkan Pekerja Tapak Binaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:20PM

Seramai enam pegawai dan anggota APM Daerah Pekan mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap ular sawa batik itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Kehadiran ular sawa batik dianggarkan seberat 150 kilogram (KG) berhampiran tapak projek solar dekat Kuala Pahang, di sini, pagi semalam, mengejutkan pekerja tapak berkenaan. 

Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter itu dikesan pekerja di dalam parit kawasan projek sekitar jam 8 pagi. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan, Kapten (PA) AzamSah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia itu kira-kira jam 8.20 pagi. 

“Seramai enam pegawai dan anggota APM daerah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan (mengenai) penemuan ular sawa berkenaan. 

“Pegawai dan anggota kami mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap dan mengalihkan ular sawa itu dari parit terbabit. 

“Kita terpaksa menggunakan lori dari tapak projek tenaga solar untuk membawa ular sawa itu ke pejabat APM Pekan berikutan saiz sangkar dibawa pegawai dan anggota kami tidak boleh memuatkan reptilia itu,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini. 

AzamShah berkata, bagi memastikan reptilia terbabit tidak mengalami tekanan atau mati, pihaknya sudah melepaskan ular sawa berkenaan ke kawasan hutan di sekitar daerah Pekan tengahari semalam.

“Kami sudah melepaskan ular sawa ini di lokasi yang sesuai dan jauh daripada ancaman manusia,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Ular Sawa Berenang Ke Pantai Tanjung Bidara, Cetus Panik Pengunjung

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Eh, Awak Pun Nak Kena Servis Jugak Ke?

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar