web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramal Kerajaan Tumbang: Kenyataan Abdul Hadi Boleh Gusarkan Rakyat, Pelabur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 9:25AM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat bukan sahaja boleh menggusarkan rakyat, malah menakutkan pelabur untuk datang ke Malaysia.

Mengakui kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, di antara syarat pelabur untuk berbelanja dan mengeluarkan pelaburan mereka adalah kesejahteraan, keamanan serta kestabilan dimiliki sesebuah negara, sebelum sanggup mengeluarkan dana besar untuk melabur.

Mohamad Sabu - Gambar Bernama
Mohamad Sabu - Gambar Bernama

“Tapi bila ada pemimpin seperti Abdul Hadi menyebut soal nak menukar kerajaan tidak melalui pilihan raya, ia boleh menggusarkan, gelisahkan pelabur

“Sepatutnya beliau yang mewakili PN bekerja kuat, (menggunakan) segala jentera ada pada mereka untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan melalui pilihan raya akan datang, ini yang menyuburkan demokrasi,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 6 saat dimuat naik di Facebook, lewat malam tadi.

Mohamad berkata, sepatutnya sebagai veteran politik, Abdul Hadi menyeru ahli PAS bekerja kuat dan menyokong PN.

“Bukan menumbangkan Kerajaan Perpaduan secara tebuk atap, Langkah Sheraton atau menandatangani akuan bersumpah (SD) kerana perbuatan ini menggusarkan rakyat dan pelabur,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkeyakinan penuh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertahan sehingga pilihan raya yang akan datang.

“Binakan Malaysia Madani, Malaysia yang demokrasi, tukarlah kerajaan melalui sistem pilihan raya,” katanya.

Pada 1 Mac lalu, Abdul Hadi dilapor meramalkan Kerajaan Perpaduan akan tumbang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kejatuhan Kerajaan Perpaduan berkenaan akan berlaku.

Menurutnya, pembangkang tidak harus dipersalahkan, jika kerajaan tumbang sekali lagi dengan cara sama seperti perpecahan dialami Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Sebaliknya, beliau berkata, ia berpunca daripada kekurangan dan kelemahan kerajaan sendiri.

Malah, Abdul Hadi mempertahankan kenyataannya itu selaras dengan hak demokrasi pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan dengan mendakwa titah Yang di-Pertuan Agong untuk Kerajaan Perpaduan dibentuk, bukan penghalang kepada usaha berkenaan.

Ketika diasak pemberita di bangunan Parlimen sama ada PN sedang merangka strategi untuk merampas kuasa pentadbiran kerajaan, beliau menegaskan langkah sedemikian adalah ‘normal’ dalam kalangan blok pembangkang di negara demokrasi.

Malah, beliau berkata, ‘tidak mustahil’ pentadbiran Anwar akan tumbang kerana terdapat ‘tanda tidak puas hati’ dalam kalangan pelbagai komposisi Kerajaan Perpaduan.

Katanya, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengumumkan peletakan jawatan mereka untuk kekal dalam blok pembangkang, boleh ‘mengubah kedudukannya’ kerana keadaan ‘dinamik’ politik. – Getaran, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi