web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Tepi Jalan Maut Terkena Tayar Lori Tercabut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 7:03AM

Seorang peniaga yang berusia 18 tahun maut selepas terkena tayar lori yang tercabut di Kilometer 43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja, Setiu, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Seorang peniaga maut selepas terkena tayar lori yang tercabut di Kilometer 43 Jalan Pantai, Kuala Terengganu-Kampung Raja, dekat sini semalam.  

Dalam insiden kira-kira 5 petang itu, mangsa Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, yang berasal dari Kampung Mengabang Panjang, Kuala Terengganu sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin berkata siasatan awal mendapati lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Kampung Merang ke Kampung Telaga Papan sebelum sebiji tayar belakangnya tercabut dan terpelanting ke tepi jalan.

"Tayar tersebut terkena Muhammad Airiel Rizman dan Nik Muhammad Afiq Rizani yang sedang berniaga di tepi jalan.

Muhammad Airiel Rizman meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada manakala Nik Muhammad Afiq Rizani patah tangan kanan dan luka di bahagian muka," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Afandi berkata mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan susulan manakala rakannya turut menerima rawatan di hospital sama.

Menurut Afandi lagi pemandu lori yang berusia 37 tahun dan berasal dari Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Rakaman percakapan saksi dan waris si mati telah diambil untuk siasatan. Lori tersebut juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Setiu untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran