web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perak Larang Ahli Politik Mengajar Agama Di Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 8:00PM

Larangan itu turut terpakai terhadap Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari semua negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melarang ahli politik mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyadah di masjid dan surau berdaftar di negeri itu.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, larangan itu turut terpakai terhadap Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari semua negeri.

Menurut beliau, ia selaras dengan ketetapan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling berhubung garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 yang diedarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak.

“Larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan JAIPk turut terpakai kepada individu yang tidak mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.

“Larangan turut terpakai kepada Ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat dan (ADUN) mana-mana negeri, mereka yang memegang jawatan dari mana-mana parti politik, calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum mahupun Pilihan Raya Kecil, serta individu sudah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau wakil rakyat namun masih aktif dalam kegiatan politik,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Justeru katanya, jawatankuasa Kariah Masjid dan Kariah Surau dikehendaki sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar ia selari dengan matlamat pengajaran dan syarahan pengajaran iaitu pengukuhan ilmu serta pemupukan perpaduan masyarakat.

Pada 7 Januari lalu, media melaporkan keputusan sama ada menarik balik tauliah mengajar agama kepada semua wakil rakyat di Perak atau sebaliknya akan dibincangkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 26 Januari 2023.

Larangan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Terengganu tidak membenarkan semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, ADUN dan Anggota Dewan Negara menggunakan masjid dan surau di negeri itu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, larangan bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Bagaimanapun, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat menentang perkara itu dengan berkata, beliau akan terus menyampaikan khutbahnya di masjid.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, ia bukan satu kesalahan untuk ahli politik memberi kuliah atau ceramah di masjid kerana dalam Islam sendiri, politik dan agama tidak boleh dipisahkan.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan mengapa larangan berkenaan ditimbulkan semula kerana ia sudah ada sejak dulu lagi.

“Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau dan masjid.

“Kenapa dibangkitkan balik arahan tersebut?. Kita kena sedar dalam Islam, politik dan agama tak boleh dipisahkan,” katanya. – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar