web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Setuju Beri Peruntukan Kepada Pembangkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 2:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata secara prinsipnya beliau bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk membincangkan kaedah yang terbaik selain mencari titik kesefahaman.

“Kalau ada persefahaman, itu boleh berjalan. Saya cadangkan adakan proses rundingan dan kita cari kaedah dan secara prinsipnya saya tidak menolak memberi peruntukan kepada pembangkang seperti mana yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

“Tetapi proses rundingan belum berlaku, yang ada proses permusuhan. Jadi saya usulkan mulakan proses rundingan dan saya akan tugaskan Ketua Whip dan menteri berkenaan runding dan kita putuskan. kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” katanya.

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini, mengenai peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada Ahli Parlimen untuk membantu keperluan mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sepanjang pentadbiran Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh), pembangkang ketika itu tidak mendapat peruntukan.

“Tetapi tak apa, sebab ini MADANI, maknanya perlu adil,” kata Anwar.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera, semasa merntabir kerajaan, telah mengadakan rundingan secara baik dengan Pakatan Harapan ketika itu dengan melaksanakan libat urus bersama, kata Anwar.

Isu mengenai peruntukan sama rata sering dibangkitkan pihak pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. 

Semalam, Muhyiddin mencadangkan kerajaan memberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk dari pembangkang bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar