web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Segera Laksana Pendengaran Awam Projek Gerbang Maritim Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:35AM

Parti Hijau Malaysia ketika menyerahkan memorandum di SUK Shah Alam - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim perlu mengadakan sesi pendengaran awam bagi merungkai salah laku dilakukan kerajaan negeri berhubung projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail berkata, ia bagi membolehkan pelbagai pihak menilai sendiri tindakan oleh kerajaan Selangor yang menganugerahkan projek berkaitan Sungai Klang bernilai RM700 juta tanpa melalui tender.

Menurut beliau, projek berkenaan meliputi kerja-kerja membersih, mendalam dan melebarkan Sungai Klang menerusi inisiatif SMG.

“Berlakunya kepentingan politik apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dan Exco Infrastruktur, Izham Hashim dilantik Pengarah Syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd dan meluluskan kos pelaksanaan projek bernilai RM700 juta kepada syarikat usahasama antara Landasan Lumayan Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh penggerak pelaburan utama kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Inc (MBI) dengan Berjaya Land Berhad.

“Perkara itu telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada April, tahun lalu sedangkan mereka duduk sebagai lembaga pengarah syarikat projek berkenaan,” katanya ketika ditemui media di pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

Amirudin Shari menafikan sebarang penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan jawatan pengarahnya atau Izham, sebaliknya mendakwa kehadiran mereka adalah ‘untuk memastikan perlindungan kepentingan negara’
Amirudin Shari menafikan sebarang penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan jawatan pengarahnya atau Izham, sebaliknya mendakwa kehadiran mereka adalah ‘untuk memastikan perlindungan kepentingan negara’

Abdul Razak memberitahu, PHM sangsi dengan matlamat sebenar projek SMG walaupun ia dibayangkan sebagai inisiatif mencegah banjir, selain membersih, mendalam dan melebarkan sungai Klang.

Jelasnya, PHM dimaklumkan ia turut melibatkan projek perumahan seluas 200 hektar di kedua-dua belah Sungai Klang, iaitu sepanjang 56 kilometer (km) bermula dari Mid Valley, Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang.

“Nilai pembangunan kasar (GDV) projek perumahan bernilai RM10 bilion. Kita juga mempersoalkan tindakan pelepasan premium cukai tanah bernilai RM117 juta terhadap syarikat tersebut dan kerajaan negeri Selangor juga terpaksa menanggung hutang berjumlah RM54 juta,” katanya.

Abdul Razak diiringi Presiden PHM, Zabri Mokhtar sebelum itu bersama wakil partinya hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Suee Lim, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) serta wakil.

Memorandum tersebut turut diserahkan kepada komunikasi korporat SUK Selangor agar Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) mampu diperolehi.

Inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) baru-baru ini dilanda kontroversi, susulan pendedahan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari adalah pengarah sebuah syarikat yang ditugaskan untuk mengusahakan projek itu.

Diketuai Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), iaitu anak syarikat milik penuh penggerak pelaburan utama kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Inc (MBI), SMG terbabit dengan kerja mengorek 56 kilometer (km) Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, selain kerja pembangunan lain.

PHM turut menyerahkan memorandum kepada komunikasi korporat SUK Selangor agar Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) mampu diperolehi
PHM turut menyerahkan memorandum kepada komunikasi korporat SUK Selangor agar Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) mampu diperolehi

Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin memberitahu New Straits Times pada 2019 bahawa pada Mac tahun sebelumnya, sebuah jawatankuasa dari jabatan negeri Selangor menghubungi kerajaan negeri dengan pelan induk mengenai projek ‘pembersihan sungai, pemulihan serta menyuntik ekonomi dan aktiviti pelancongan’ di sepanjang Sungai Klang.

Idea itu, katanya, pertama kali dikemukakan kepada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan cadangan untuk menubuhkan SMG, malah rancangan tersebut kemudian turut dibawa kepada pengganti Azmin, iaitu Amirudin, yang dikatakan skeptikal pada mulanya, tetapi akhirnya bersetuju.

Dilaporkan pada tahun sama, LLSB yang diperbadankan pada Mei 2012 dilantik kerajaan negeri untuk mengendalikan projek SMG yang didakwa menerusi laman sesawangnya, akan memberi manfaat ‘sangat besar kepada ekonomi negeri’.

Kajian berhubung kes SMG menyatakan peruntukan belanjawan negeri disediakan Azmin sebanyak RM2.88 bilion untuk 2016, menyaksikan beliau memaklumkan bahawa Sungai Klang ‘akan menjadi mercu tanda untuk memacu pertumbuhan ekonomi baharu dan menjana ekosistem ekonomi maritim’.

Projek pemangkin termasuk menaik taraf taman permainan destinasi interaktif, iaitu Taman Bandar Pengkalan Batu di Klang, selain pembinaan tarikan eko-pelancongan Mangrove Point di hutan bakau Pelabuhan Klang.

Laman sesawang LLSB menyatakan, projek itu bermula pada Ogos 2019 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Selangor dan dijangka siap pada suku kedua 2021.

Sementara itu, Fasa 2 (2021-2031) akan menyaksikan ‘pembangunan berimpak tinggi, termasuk pulau sekitarnya’, manakala Fasa 3 (selepas 2031) tertumpu di sekitar baki keluasan Sungai Klang.

Laporan The Edge Markets melaporkan, beberapa inisiatif sungai yang akan dilaksanakan LLB termasuklah projek SMG dan pembangunan perumahan di sepanjang Sungai Klang - Gambar Flick Ahmad Rithauddin
Laporan The Edge Markets melaporkan, beberapa inisiatif sungai yang akan dilaksanakan LLB termasuklah projek SMG dan pembangunan perumahan di sepanjang Sungai Klang - Gambar Flick Ahmad Rithauddin

Pada November 2021, LLSB membentuk usaha sama (JV) dikenali sebagai Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB), dengan anak syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Berjaya Land Bhd (B-Land) untuk menjalankan pembersihan, pemulihan dan pembangunan sungai di Lembah Klang.

Laporan The Edge Markets melaporkan, beberapa inisiatif sungai yang akan dilaksanakan LLB termasuklah projek SMG dan pembangunan perumahan di sepanjang Sungai Klang, dengan dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion dalam tempoh lapan tahun, selain purata GDV sebanyak RM1.25 bilion setahun.

Berdasarkan laporan itu, B-Land memegang 55 peratus pegangan dalam JV, manakala baki 45 peratus dipegang LLB.

Selain Amirudin, pengasas BCorp, Tan Sri Vincent Tan dan Izham turut disenaraikan sebagai pengarah syarikat.

Amirudin sejak itu menafikan sebarang penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan jawatan pengarahnya atau Izham, sebaliknya mendakwa kehadiran mereka adalah ‘untuk memastikan perlindungan kepentingan negara’.

Berkuat kuasa 1 Mac, Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas BCorp, manakala B-Land akan menyaksikan Datuk Seri Robin Tan sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas baharu dan Tan Peng Lam memegang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas. - Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan