Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


MOTAC Cadang Syarikat Pengendali Umrah Diwajibkan Sedia Perjanjian Dengan Jemaah

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:07AM

Kos umrah didakwa meningkat berikutan permintaan tinggi dari jemaah seluruh dunia, termasuk membabitkan kos penginapan, logistik dan tiket penerbangan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang untuk mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah, menyediakan perjanjian dengan jemaah bagi melindungi hak pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penjanjian itu perlu menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej ditawarkan serta peruntukan mengenai ganti rugi sekiranya terdapat salah laku syarikat pengendali umrah atau jemaah.

“Ia adalah selaras dengan Peraturan 6(1A)(d) di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Dewan Rakyat dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung apakah langkah sudah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan umrah di Arab Saudi yang tinggi ketika ini.

King Sing berkata, kementeriannya melihat isu peningkatan harga kos umrah secara serius.

Menurutnya, ia didakwa meningkat berikutan permintaan tinggi dari jemaah seluruh dunia, termasuk membabitkan kos penginapan, logistik dan tiket penerbangan.

“Perkara ini adalah luar bidang kuasa MOTAC. Bagaimanapun, MOTAC sentiasa mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan, bagi mengenalpasti kebenaran isu dibangkitkan dan berharap dapat membantu mengatasi isu ditimbulkan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, bagi menyelaraskan perkara berkaitan penerbangan umrah yang didakwa menjadi punca kepada kenaikan kos pakej mengerjakan ibadah itu, MOTAC sudah mengadakan mesyuarat dipengerusikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama Kementerian Luar; Kementerian Pengangkutan; Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAHWAR); Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Suruhanjaya Persaingan (MYCC), Malaysia Airlines Berhad serta AMAL by Malaysia Airlines pada 31 Januari lalu.

Katanya, mesyuarat itu turut dihadiri wakil Persatuan Pengendali Umrah, iaitu Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumitra (BUMITRA); Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

Berdasarkan mesyuarat tersebut juga, jelasnya, MOTAC, Kementerian Pengangkutan dan AMAL by Malaysia Airlines akan mengadakan perbincangan lanjut bagi mengenalpasti strategi penyeragaman agihan jualan tiket penerbangan untuk meminimumkan kenaikan kos penerbangan umrah.

“Secara tidak langsung ia akan memberi ruang kepada syarikat pengendali umrah untuk mendapat harga tiket penerbangan lebih kompetitif untuk ditawarkan kepada jemaah umrah,” katanya.

Mengulas lanjut, King Sing berkata, MOTAC dan badan yang terbabit dalam pengurusan dan perkhidmatan umrah, bekerjasama secara erat dengan ejen pelancongan untuk mendapatkan penyelesaian adil bagi semua pihak.

“Perkara ini turut melibatkan beberapa pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung, seperti pengusaha hotel, syarikat penerbangan, pengusaha bas dan ramai lagi.

“Usaha ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan (supply-chain) dapat memaksimakan kepentingan perniagaan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan tidak membebankan jemaah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kos mengerjakan umrah meningkat berkali ganda susulan kenaikan harga tiket penerbangan, visa ke Arab Saudi serta kos penginapan hotel di Mekah dan Madinah.

Kenaikan itu dikesan selepas banyak negara mula membuka se­mula sempadan masing-masing selepas sekatan perjalanan akibat COVID-19.

Peningkatan antara RM1,500 ke RM2,500 ketika ini, menyaksikan jemaah perlu membayar kira-kira RM7,000 seorang, berbanding RM5,000 ke RM6,000 seorang beberapa tahun lalu. – Getaran, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan Afghanistan - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kelewatan Komuter Lembah Klang Bersifat Sementara, Bukan Kurang Popular - Loke

4

Semasa 3 hari yang lalu

Meski Kos Naik, TH Teruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

Semasa 8 jam yang lalu

UDA Umum Pelantikan Mohd Annuar Sebagai Pengerusi 

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori ‘Kantoi’ Cuba Seludup 1,500 Liter Diesel Bersubsidi

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

KDN Dalam Peringkat Persediaan Asas Bawa Keluar Kanak-Kanak Di Depoh Tahanan