web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MINDEF Lancar DIPKN Tahun Ini, Gubal Akta Berkaitan Industri Pertahanan Negara - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:27PM

Mohamad berkata DIPKN akan melakar pelbagai inisiatif dan dorongan untuk memacu perkembangan industri tersebut. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan melancarkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) tahun ini sebagai usaha berterusan kerajaan menyokong perkembangan industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata DIPKN akan melakar pelbagai inisiatif dan dorongan untuk memacu perkembangan industri tersebut.

Beliau berkata penggubalan akta berkaitan industri pertahanan juga akan dilaksanakan memandangkan Malaysia memerlukan kerangka perundangan yang teratur untuk memacu keberhasilan industri pertahanan nasional.

"Saya menyarankan agar pelbagai sesi sumbang saran dilaksanakan bagi membolehkan semua pemegang taruh dalam industri pertahanan dapat memberikan idea dan kecerdasan dalam penggubalan akta tersebut.

"Harapan saya, dengan pelaksanaan DIPKN dan penggubalan undang-undang baharu tersebut, industri pertahanan negara akan melalui transformasi yang radikal," katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama 60 orang wakil pemain industri pertahanan tempatan di sini hari ini.

Sesi berkenaan adalah aktiviti Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) yang dikelolakan MINDEF serta turut dijadikan antara agenda utama kementerian berkenaan.

Pada masa sama, Mohamad berkata sektor industri pertahanan berupaya menjadi pemangkin penting pertumbuhan dan kebolehsaingan ekonomi negara jika dibangunkan secara strategik.

"Walaupun Malaysia masih jauh terkebelakang dalam sektor ini, namun kita mempunyai pelbagai potensi untuk membangunkannya. Kita adalah ekonomi yang liberal, usahawan kita vibrant (bertenaga) dan universiti kita mempunyai pelbagai kemampuan penyelidikan termaju.

"Paling penting, industri ini didukung penuh oleh kementerian dan kerajaan. Justeru, kedudukan dan prestasi ini tidak boleh dibiarkan dalam keadaan sedia ada,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata MIDES merupakan salah satu strategi penting kementerian bagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang berkemampuan dalam industri itu serta berperanan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur. 

Begitu juga Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang mana ia merupakan arena untuk pemain industri meneroka pelbagai jaringan dalam perniagaan pertahanan, katanya. 

"Kementerian juga mesti giat meneroka pelbagai perjanjian bilateral dengan pelbagai negara yang berfokus kepada kerjasama dalam industri ini... kita mesti beroperasi dalam ekosistem kolaborasi yang lebih luas, pelbagai dan dinamik.

"Saya menyeru agar kerjasama lebih erat dibangunkan, terutamanya dengan pelbagai universiti dan institusi penyelidikan negara dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan atau STRIDE menjadi penyelaras segala kerjasama ini," katanya. 

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

2

Politik 1 bulan yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad