web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceramah Dibatal, Ustaz Wadi Annuar Tiada Tauliah Mengajar Agama Di Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 2:27PM

Ustaz Muhammad Wadi Annuar - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah terkenal, Ustaz Muhammad Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menegaskan, nasihat diberikan JAIS kepada penganjur ceramah tersebut yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac ini adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

“Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam.

“Kami mengambil maklum mengenai hantaran yang dimuatnaik di laman sosial Facebook, Ustaz Wadi Annuar semalam berhubung Makluman Pembatalan Ceramah Di Selangor yang kemudiannya dikongsi semula oleh Facebook Harakahdaily,” katanya.

Menurut Mohd Shahzihan, JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat tentang prinsipal di media sosial.

Katanya, tindakan itu mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak berkuasa agama dan juga kerajaan Selangor.

Semalam, pengendali Facebook Ustaz Wadi Annuar memaklumkan dua ceramah beliau di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan.

Dua ceramah berkenaan dijadualkan berlangsung di dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, sebab pembatalan ceramah berkenaan tidak diberitahu.

Terdahulu, kuliah maghrib perdana penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong di Shah Alam pada 26 Februari lalu turut dibatalkan.

Pengendali Facebook UIA memaklumkan, ceramah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan JAIS.

JAIS kemudiannya mengesahkan UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri itu.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di negeri itu yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuatkuasa 31 Disember 2021.

Selain itu, mana-mana pihak yang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai ketua agama Islam berhubung dengan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam bagi mana-mana aktivis politik juga adalah suatu kesalahan di bawah perenggan 12(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995).

Jika disabitkan kesalahan, mana-mana pihak yang ingkar boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua hukuman berkenaan. – Getaran, 6 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad