web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umat Islam Tidak Patut Terbabit Penerbitan Filem Sentuh Sensitiviti Agama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:01PM

Mohd Khairuddin berkata, filem yang menyentuh sensitiviti agama oleh rakyat Malaysia tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Ulama UMNO menegaskan umat Islam tidak sepatutnya terlibat dengan penerbitan filem yang menyentuh sensitiviti agama sama ada sebagai penerbit, penulis skrip dan pelakon atas apa sahaja alasan sekali pun.

Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, filem yang menyentuh sensitiviti agama oleh rakyat Malaysia tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Majlis Ulama UMNO memandang serius normalisasi pembikinan dan penerbitan filem yang menyentuh sensitiviti agama khususnya akidah dan syariat Islam oleh rakyat Malaysia yang ditayangkan melalui platform internet.

“Demi menjamin keharmonian antara agama dalam negara ini, tidak wajar filem seumpama itu dibiarkan berleluasa dan diterbitkan menerusi saluran bebas walaupun atas nama kebebasan berkarya atau menyuarakan pandangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, Majlis Ulama UMNO amat mengalu-alukan langkah segera kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memanggil pihak terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Katanya, agensi berkuasa lain juga perlu segera bertindak tegas mengikut undang-undang yang ada di negara ini bagi menangani penerbitan filem seumpama itu.

“Harapan Majlis Ulama UMNO ialah supaya selepas ini tiada lagi unsur termasuk penerbitan filem yang cuba untuk menimbulkan keresahan rakyat yang selama ini hidup aman dan harmoni serta menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Malah, hasil penelitian JAKIM mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, susulan itu, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati, filem itu tiada dalam rekod penapisan pihak terbabit.

Jurucakap KDN berkata, filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

Justeru, katanya, tayangan atau penstriman filem berkenaan adalah di luar bidang kuasa LPF.

Katanya, LPF sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung filem itu.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad