web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Banjir Tahunan’ Di Kota Tinggi Undang Keresahan Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:00PM

Lot kedai di pusat bandar Kota Tinggi ditenggelami air dengan beberapa pemilik perniagaan tidak dapat memeriksa premis mereka atas sebab keselamatan. - Semua gambar oleh Arjun Mohanakrishnan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Dengan pusat bandar di sini masih ditenggelami air dan kawasan berhampiran Sg Johor berada pada tahap bahaya, penduduk buntu kerana banjir berlaku hampir setiap tahun.

Buat masa ini, jambatan menuju ke bandar menyaksikan kehadiran tentera dalam kumpulan yang besar.

Paras air di Sg Johor kekal di tahap berbahaya berikutan beberapa daerah di negeri ini termasuk Kota Tinggi mengalami hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan banjir teruk.
Paras air di Sg Johor kekal di tahap berbahaya berikutan beberapa daerah di negeri ini termasuk Kota Tinggi mengalami hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan banjir teruk.

Kebanyakan penduduk, termasuk mereka yang ingin pulang atau memeriksa premis perniagaan mereka, tidak dibenarkan melintas jambatan tersebut atas faktor keselamatan.

Anggota tentera di sini memberitahu The Vibes bahawa paras air di bandar itu lebih rendah berbanding semalam tetapi kekal paras pinggang.

Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, memandangkan masih hujan, air yang semakin meningkat di Sg Sedili akhirnya akan mengalir ke Sg Johor dan Kota Tinggi.

Setakat ini, anggota penyelamat meneruskan operasi bantuan di sini, tetapi memberi tumpuan kepada penyediaan makanan dan keperluan kepada penduduk yang memilih untuk kekal di rumah dan premis perniagaan mereka.

Anggota polis dilihat menjalankan operasi menyelamat serta menyediakan keperluan asas kepada mangsa banjir yang memilih untuk tinggal di rumah atau kedai di Kota Tinggi, Johor.
Anggota polis dilihat menjalankan operasi menyelamat serta menyediakan keperluan asas kepada mangsa banjir yang memilih untuk tinggal di rumah atau kedai di Kota Tinggi, Johor.

Pengendali kedai perkakasan Low Hong Yu berkata, banjir adalah perkara biasa di sini dan berlaku sekurang-kurangnya sekali setiap satu atau dua tahun.

Tambahnya, dia tidak dapat ke kedainya tetapi menjangkakan kerugian berjumlah RM100,000.

“Ini perkara biasa bagi kami, ia berlaku sekali setiap satu hingga dua tahun. Ahli politik semasa pilihan raya akan berjanji untuk menyelesaikan isu ini, tetapi keadaan tidak berubah,” katanya.

Peniaga makanan, Suhaimi Rahim mempunyai pandangan berbeza dengan berkata, tidak banyak boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi dengan mengambil kira lokasi pekan tersebut.

Peniaga makanan Suhaimi Rahim berkongsi bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi memandangkan lokasi pekan itu.
Peniaga makanan Suhaimi Rahim berkongsi bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi memandangkan lokasi pekan itu.

Katanya, keadaan banjir kali ini tidaklah seteruk pada 2006.

Bagaimanapun, Suhaimi masih tidak dapat ke rumah atau premis perniagaannya kali ini.

“Apabila hujan berterusan, ia akan sentiasa banjir di sini, jadi kami sudah biasa.

“Tetapi ia tidak seteruk dahulu dan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Saya rasa mereka telah menaikkan benteng di tebing sungai dan menambah baik saliran.

“Setakat ini bantuan banjir agak baik, badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan makanan dan kerajaan telah membuka pusat pemindahan mencukupi untuk penduduk,” katanya.

Bencana banjir yang melanda negara ini menjejaskan sembilan daerah di Johor dengan seramai 37,322 mangsa ditempatkan di 238 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan akan berlaku di Rompin, Pahang, serta Segamat, Kluang, dan Mersing di Johor.

Amaran hujan lebat tahap teruk juga dijangka melanda Pekan, Pahang, dan beberapa kawasan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Baru) sehingga esok. - The Vibes, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek