Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kebebasan Media Malaysia, Realiti Atau Fantasi?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 10:40PM

Ahirudin Attan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah berdekad lamanya, kebebasan media kekal menjadi antara isu paling sensitif untuk dibual bicara, apa lagi jika mahu diangkat sebagai bahan perdebatan dengan menjurus kepada maksud tertentu.

Ia dimaklumi ramai sebagai isu dengan keunikan tersendiri; sensitif tapi boleh juga dibincangkan secara terbuka, sulit namun bukan pula rahsia di kalangan pemikir dan cendekiawan yang ada.

Media dan masyarakat itu adalah gerak yang saling menyusun langkah, ditarikan paluan gendang sebagai penambat sejarah zaman berzaman, kekal melatari peradaban manusia walau musim silih berganti.

Untaian kata yang menjadi wacana lidah rakyat, pedas dan berbisa, hangat lagi menyengat, adalah warna warni media sejak dahulu, ketika segalanya bertunjangkan kepada api semangat anak bangsa.

Pemerintahan British yang mendominasi struktur pentadbiran negara (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) boleh dianggap sebagai pemula kepada sekatan media, apabila banyak akhbar tempatan termasuk di Singapura menjadi mangsa pengharaman.

Ia membawa kepada kebangkitan sejumlah besar nama ulung yang terkenal sebagai pejuang watan, dan pada akhirnya kekal mengharum dalam lipatan sejarah.

Kelantangan Pejuang Sastera, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (sering juga menggunakan nama samaran Hantu Raya) menyebabkan media ketika itu sering dipandang sebagai instrumen golongan kiri.

Ketajaman sindiran bersulam bicara penuh tersirat, termasuk oleh rakan-rakan seangkatan, antaranya Datuk Abdullah Thani Raja Kechil (nama sebenar bagi Ahmad Boestamam), Abdul Rahim Kajai (Bapa Kewartawanan Melayu yang namanya diabadikan pada anugerah tertinggi kewartawanan negara, Anugerah Kajai) dan Tan Sri A Samad Ismail membuatkan makalah dihasilkan mereka ditakrif sebagai bahan anti penjajah, sekali gus membuatkan kesemuanya dilabel sebagai golongan pro sosialis.

Ia membawa kepada beberapa tindakan perundangan, termasuk penubuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada dasarnya digunakan British sebelum era Perang Dunia Kedua.

Pasca merdeka, media masih lagi kekal pada landasan asal iaitu wakil aliran pemikiran rakyat, pejuang suara golongan marhaen dan penyatu anak bangsa dalam pelbagai hal berkaitan seperti selayaknya.

Kemodenan dalam lingkaran kehidupan seharusnya pantas sahaja menjadikan media turut disulami perubahan positif, tetapi malangnya, bukan itu yang berlaku.

Tanah Melayu yang mencapai detik kemerdekaan pada 1957 bukan sahaja memilih untuk meneruskan semua aspek perundangan diwarisi daripada pemerintahan British, malah tanpa diduga, turut memperkenalkan lebih banyak sekatan.

Pada ketika inilah, karya kritis Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihasilkan pada 1969 dengan tajuk The Malay Dilemma diharamkan pihak pemerintah, sehingga pengharaman berkenaan ditarik semula pada 1981.

Kemunculan dunia moden menyaksikan media tetap tidak terlepas daripada pelbagai peraturan, termasuk ke atas beberapa perkara yang sering menimbulkan perdebatan ramai.

Akhbar mingguan Watan misalnya, diharamkan pada 1987 selepas pelaksanaan Ops Lalang, dan nasib sama menimpa Mingguan Bumi.

Lidah politik PAS, Harakah pula berdepan hukuman ‘agak ringan’ apabila penerbitannya dihadkan kepada dua kali sebulan pada Mac 2000, selain dilarang dijual secara terbuka seperti sebelumnya.

Ketika ini juga, semua konglomerat media mula berhati-hati menyusun langkah mengatur bicara kerana permit mereka boleh sahaja ditarik tanpa banyak soal kerana perlu diperbaharui setiap tahun.

Globalisasi tanpa sempadan menjarah peradaban manusia dengan membawa sedikit harapan, iaitu melihat media muncul sebagai entiti bebas yang tidak diganggu gugat oleh siapa pun.

Namun siapa pula boleh menduga, zaman baharu rupanya membawa satu bentuk polemik lain yang sukar dirungkaikan.

Presiden Kelab Wartawan Nasional, Datuk Ahirudin Attan dalam wawancara bersama Bernama TV mengakui, kedudukan media Malaysia dalam senarai digariskan pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) boleh diperbaiki, seandainya kerajaan bersedia tampil dengan dua perubahan total.

Pengarah Eksekutif Petra News itu berkata, perkara pokok yang harus diberi keutamaan sudah tentulah menghapuskan undang-undang lapuk selepas sekian lama ia menjadi tali menjerat leher media tempatan.

“Sekian lama media tempatan bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya akibat undang-undang seperti ini dan penghapusan perkara sedemikian pasti akan melonjakkan media Malaysia ke tangga lebih baik.

“Kedua, tamatkan segera ordinan darurat ini dan percayalah, masa depan lebih cerah akan menanti semua pihak,” katanya.

Dalam temubual bersama pengacara Jessy Chandal itu, Ahirudin atau lebih mesra dengan gelaran Rocky berkata, amat menyedihkan apabila media sering menjadi mangsa terjahan golongan berpengaruh, khususnya ahli politik.

Terperangkap sebagai golongan marhaen yang tugasnya hanya melaporkan kebenaran, pengamal media jelas beliau lagi, turut menjadi sasaran segelintir anggota keluarga Diraja.

“Bagaikan itu tidak cukup menekan, terbaru, kita (merujuk kepada media) juga muncul sebagai sasaran kemarahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhir-akhir ini,” katanya mengulas tindakan yang dikatakan bakal dikenakan ke atas sebuah stesen penyiaran, gara-gara berita dibacakan seorang penyampai mereka.

“Saya mengaku, media tidak dapat lari daripada kesalahan dan besar harapan saya untuk melihat semua ahli politik, anggota keluarga Diraja atau pihak berkuasa faham tugas yang perlu kami laksanakan.

“Seboleh mungkin, kami mahu pastikan tugas dan tanggungjawab ini dipikul sehabis baik,” katanya.

Bersandarkan kepada kenyataan dibuat Ahirudin, tindakan undang-undang ke atas pengamal media bukan perkara baharu kerana ia bagaikan sudah menjadi lumrah.

Saman sivil, saman malu malah ditahan di bawah ISA tanpa bicara seakan menjadi fitrah kehidupan mereka, seolah-olah ia bagaikan satu janji terpateri, bahawa yang mahu bergelar anggota media itu harus bersedia membayar dengan darah dan air mata.

Walau ISA sudah dihapuskan, sejarah yang terukir tidak boleh dipadam begitu sahaja kerana ramai di antara tahanan itu, waris mereka masih bernafas sehingga ke hari ini.

Sedikit sebanyak, kisah silam tersebut pasti menjadi satu sejarah luka, betapa media sebenarnya adalah satu pekerjaan penuh risiko, yang bukan untuk mereka berhati tikus.

Hakikat ini turut diakui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepakat menyatakan, tindakan dikenakan ke atas media adalah sikap tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan kelemahan pemerintah dalam semua segi. 

Wartawan dan pihak media tegas Presiden PKR itu, mesti diberi ruang dan kebebasan dalam melapor, selaras dengan Perlembagaan yang menjamin hak berkenaan.

“Keterbukaan dan kritikan tidak harus diinjak malah mesti dirai dan dihormati sekiranya kita benar-benar mahu membangun tamadun yang beretika dan cemerlang,” tegasnya.

Dunia semakin tua, dan seharusnya nasib menyaluti semua pengamal media sewajarnya sudah mekar mewangi, bukan seperti melukut di tepi gantang, lapar sangat baru berguna.

Penentang dasar apartheid, Nelson Mandela sebelum ini pernah berkata, media harus bebas dari gangguan negara, dan memiliki kekuatan ekonomi untuk bertahan dalam menghadapi kebodohan pejabat pemerintah.

Mujurlah Mandela sudah lama tiada, jika tidak pasti beliau akan menangis hampa, melihat kebebasan media di Malaysia yang tak mungkin menjadi nyata. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Ke Riyadh Untuk Sahkan Surat Derma RM2.6 Bilion - Saksi 

Semasa 12 jam yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar