web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Di Johor: 100 Keluarga Orang Asli Terkandas Di Kg Peta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 9:32PM

Kira-kira 100 keluarga Orang Asli suku kaum Jakun di Kg Peta, Mersing masih terkandas dan amat memerlukan bantuan. - Gambar ihsan Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor, Dollah Bin Tekoi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Dengan kediaman dan harta benda dihanyutkan air bah, kira-kira 100 keluarga Orang Asli suku kaum Jakun di Kg Peta, Mersing masih terkandas dan amat memerlukan bantuan.

Bercakap kepada The Vibes, Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ), Dollah Tekoi memaklumkan, kampung yang terletak di kawasan hutan itu terputus bantuan selepas jalan menuju ke Taman Negara Endau Rompin dari Kahang dinaiki air.

“Setakat ini saya terdengar tentera menghantar makanan ke kampung itu melalui helikopter dan JPOAJ menghantar beberapa bekalan ke sana menggunakan bot.

“Saya rasa ia tidak mencukupi kerana berapa lama beberapa kampit beras boleh bertahan?

“Saya tidak akan kata bantuan kerajaan sudah mencukupi, tetapi peruntukan kecemasan ada, cuma kita harap akan ada lagi dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, apa yang lebih membimbangkan penduduk kampung ialah bantuan pasca banjir.

Dollah menegaskan bencana banjir telah memusnahkan kediaman masyarakat itu, dengan beberapa rumah dihanyutkan oleh air sungai.

“Penduduk kampung ini perlu dibekalkan dengan keperluan asas seperti kemudahan dapur, katil, bantal dan selimut.

“Kita juga kena ambil kira barang berharga, motosikal dan kenderaan mereka juga sudah tiada.

“Mereka akan memerlukan bantuan untuk membina semula kehidupan,” katanya.

Menurut ciapan Klima Action Malaysia (KAMY) semalam, perkampungan Orang Asli di daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi terjejas teruk akibat banjir di Johor baru-baru ini.

KAMY juga dimaklumkan bahawa tiada maklumat daripada beberapa kampung kerana talian komunikasi dan jalan raya terputus hubungan.

Ini termasuk Kg Peta, Kg Punan, dan Kg Terowoh di Mersing serta Kg Pucur dan Kg Sg Peroh di Kahang. – The Vibes, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan