web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tiada BAM, Tiadalah Lee Chong Wei’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 9:16PM

Bekas pemain nombor satu dunia itu menitiskan air mata ketika berucap sambil berkongsi kisah perjuangan dan pencapaian yang dilalui sepanjang 19 tahun kariernya bersama BAM. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tiada BAM, tiadalah Lee Chong Wei.”

Demikian kata bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada majlis memperkenalkan patung lilin Madame Tussauds dirinya, di sini hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menitiskan air mata ketika berucap sambil berkongsi kisah perjuangan dan pencapaian yang dilalui sepanjang 19 tahun kariernya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei berkata, tiada perkara yang mudah untuk berada di tempatnya dan beliau berterima kasih kepada semua pihak, termasuk BAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Tiada BAM, tiadalah Lee Chong Wei. Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi saya. Saya bersama persatuan ini selama 19 tahun. Mereka membantu saya dengan segala-galanya. Saya tidak mempunyai apa-apa sebelum ini, dan mereka membantu saya sehingga menjadi seseorang.

“Saya masih ingat ketika layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 di mana saya berdepan dengan kes doping. Ranking saya jatuh ke tangga 182, tetapi dengan sokongan semua pihak terutamanya BAM, saya dapat kembali sebagai pemain nombor satu dunia dalam tempoh 11 bulan.

“Saya tidak akan melupakan jurulatih saya Datuk Tey Seu Bock, Datuk Rashid Sidek, Datuk Misbun Sidek, tetapi beliau tiada di sini hari ini, dan Hendrawan.

“Untuk berjaya, anda tidak boleh bekerja sendiri. Anda memerlukan pasukan yang terdiri daripada jurulatih, ahli fisioterapi, tukang urut, kakitangan sokongan BAM, dan KBS,” katanya.

Patung lilin Chong Wei akan dipindahkan secara kekal dan dipamerkan di  Madame Tussauds, Hong Kong bermula 18 Mac ini.

Sebagai atlet Malaysia pertama yang menghiasi Dewan Madame Tussauds, patung lilin Chong Wei akan dipamerkan di zon The Champions, bersama ikon sukan lain seperti pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo dan David Beckham serta peninju profesional, Manny Pacquiao.

Sebelum patung lilin itu menuju ke Hong Kong, Madame Tussauds mengadakan pameran khas di Kuala Lumpur.

Chong Wei juga merupakan ikon Malaysia kedua selepas Tan Sri Michelle Yeoh yang dijadikan patung lilin.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim serta Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dua mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Syed Saddiq Abd Rahman.

Untuk memperingati detik bersejarah itu, Chong Wei menyumbangkan jersi Yonex miliknya daripada persembahan terakhir Olimpik di Rio 2016.

Chong Wei juga berkongsi bahawa pose patung lilin dirinya itu adalah trademark beliau ‘ready to fight’ yang dilihat di ribuan gelanggang badminton di seluruh dunia sebelum memulakan sebarang perlawanan. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Arena Badminton Negara Berduka Pemergian Dr Abdullah Fadzil

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Misbun 'Laris' Terima 5 Tawaran Dari Luar Negara

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad