web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Berjaya Kesan Individu Dalam Video Tular Keluarkan Kepala Melalui 'Sunroof' MPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 11:23AM

Polis berjaya mengesan pemandu dan penumpang berhubung video tular dua kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung matahari (sunroof) dalam media sosial - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis berjaya mengesan pemandu dan penumpang berhubung video tular dua kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung matahari (sunroof) dalam media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan dua rakaman video berdurasi 29 saat dan 9 saat berkenaan, yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Automotive Shiftposting semalam.

Beliau berkata rakaman video itu, memaparkan pemandu MPV bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak, dengan membenarkan mereka mengeluarkan kepala melalui bumbung matahari kenderaan berkenaan, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Idris Shah itu.

“Hasil siastan awal juga mendapati, kejadian berlaku pada 1 Mac lalu sekitar jam 10.40 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 336, iaitu atas perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain termasuk Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001, kerana mendedahkan kanak-kanak dengan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata ketika kejadian, ibu kepada kanak-kanak berusia 16 dan 13 tahun berada dalam kenderaan, yang dipandu saudara mereka.

Beliau juga meminta pihak yang melakukan rakaman video itu, tampil ke hadapan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

“Saya juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini