Berita Terkini

4 minit yang lalu: PM Anwar tiba di Beijing mulakan lawatan rasmi tiga hari ke China 43 minit yang lalu: Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian 44 minit yang lalu: Bank Rakyat raih keuntungan sebelum cukai, zakat sebanyak RM1.70 billion 2 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 2 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di 4 Negeri Terus Meningkat, Lebih 31,000 Mangsa Di PPS

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:58AM

Tinjauan dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Segamat mendapati beberapa kawasan perumahan dan laluan masih lagi terjejas akibat ditenggelami air semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus meningkat malam tadi dengan 31,375 orang ditempatkan di 241 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 29,091 mangsa petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 28,486 orang setakat jam 8 malam tadi berbanding 26,633 orang petang tadi dengan sebuah lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 198 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, Segamat masih teruk terjejas dengan 2,933 keluarga dipindahkan ke 70 PPS, diikuti Kluang (1,485 keluarga/37 PPS); Kota Tinggi (761 keluarga/18 PPS); Johor Bahru (366 keluarga/tujuh PPS) dan Pontian (65 keluarga/empat PPS).

Turut terjejas daerah Muar dengan 650 keluarga ditempatkan di 13 PPS; Kulai (167 keluarga/tiga PPS); Mersing (177 keluarga/ enam PPS) dan Tangkak (335 keluarga/ 18 PPS) serta Batu Pahat (1,018 keluarga/22 PPS), menurut jawatankuasa itu.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat malam tadi dengan 1,769 mangsa berada di 27 PPS berbanding 1,373 mangsa di 25 PPS, tengah hari semalam.

Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir apabila sebuah PPS dibuka petang semalam bagi menempatkan 29 mangsa manakala Rompin terus merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,068 orang di 13 PPS diikuti Maran dengan 402 orang di lima PPS.

Seramai 106 mangsa lagi berada di dua PPS di Pekan, Jerantut (96 mangsa/1 PPS) dan Raub (68 mangsa/ lima PPS).

Di NEGERI SEMBILAN, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 1,042 mangsa daripada 290 keluarga ditempatkan di 12 PPS setakat jam 8 malam tadi membabitkan Tampin dan Jempol manakala dua PPS di Kuala Pilah telah ditutup pada jam 4 petang semalam.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, dalam kenyataan, turut memaklumkan tiga laluan ditutup kepada semua kenderaan akibat dinaiki air iaitu di Jalan Londah-Pasir Besar (jalan ladang), Jalan Gemas-Seremban (Jambatan Sungai Kelamah) dan Felda Jelai 2-Pasir Besar (laluan utama).

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 78 mangsa daripada 20 keluarga pada jam 8 malam tadi berbanding 49 mangsa daripada 15 keluarga pada 12 tengah hari semalam.

Sekretariat JBPN Melaka, dalam kenyataan, memaklumkan satu lagi PPS di Jasin dibuka pada jam 1 tengah hari semalam membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat yang menempatkan 30 mangsa daripada lima keluarga.

“Selain itu, PPS SK Chohong menempatkan 36 mangsa dari sembilan keluarga juga di Jasin manakala 12 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun di Alor Gajah.

"PPS SK Asahan yang sebelum ini dibuka telah ditutup pada jam 2 petang semalam manakala SK Parit Penghulu baru dibuka pada jam 7.30 malam tadi dan dalam proses pemindahan mangsa," katanya.

Sementara itu, di SABAH, bencana banjir di negeri ini pulih malam tadi dan semua mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat JPBN Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan PPS terakhir iaitu Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod sebelum ini menempatkan 108 orang daripada 24 keluarga ditutup petang semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Ketua Menteri Melaka Yang Baharu Angkat Sumpah Esok

2

Semasa 19 jam yang lalu

APMM Gagalkan Cubaan Bawa Masuk PATI Di Tanjung Bulat

3

Politik 2 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

4

Semasa 3 hari yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

31,092 Beli Kad Sim RM5 Sebulan - Fahmi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Yayasan AlBukhary: Wan Fayhsal Bersorak Selepas Disahkan Beliau Tidak Buat Laporan Polis

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Politik 5 jam yang lalu

Ab Rauf Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?

oleh Wartawan Getaran