web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akur Arahan Berpindah, Mudahkan Usaha Menyelamat - Akmal Nasrullah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:58AM

Operasi menyelamat dilihat lebih mudah apabila mangsa sendiri rela dan membantu untuk berpindah oleh agensi-agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Mangsa banjir diharap akur dengan arahan berpindah, supaya pihak berkuasa dapat membantu dalam melancarkan bantuan dan misi menyelamat mereka ke tempat yang lebih selamat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata operasi menyelamat dilihat lebih mudah apabila mangsa sendiri rela dan membantu untuk berpindah oleh agensi-agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Bayangkan jika satu kawasan perumahan ada 400 rumah dan satu rumah kita anggarkan proses menyelamat dalam tempoh lima minit tetapi apabila ada situasi mangsa yang enggan pindah, ia mungkin akan menimbulkan masalah. 

"Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku dan ini memberi kesan kepada ahli keluarga mangsa banjir itu. Sebenarnya, operasi menyelamat bermula daripada mangsa sendiri dan mereka (mangsa) boleh membantu meringankan beban anggota sebagai penyelamat," katanya pada sidang media di Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, di sini hari ini. 

Akmal Nasrullah berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian mayat dua warga emas yang ditemukan pagi tadi di Kampung Kwongsai, Chaah di Segamat selepas terperangkap dalam rumah akibat tidak menjangkakan keadaan banjir berlaku di kawasan itu. 

Beliau berkata banjir yang melanda Segamat bermula awal pagi Selasa berlaku dengan cepat berikutan hujan lebat berterusan sejak Isnin. 

"Dalam kejadian banjir itu, bomba menerima panggilan kecemasan bermula 2 pagi dan mengatur gerak jentera serta anggota untuk membantu. 

"Apabila terputus hubungan bukan saja laluan masuk, telekomunikasi dan tenaga elektrik, anggota bomba sentiasa bersedia untuk masuk ke kawasan terjejas termasuk menggunakan bot untuk membantu memindahkan mangsa banjir," katanya. 

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata sebanyak 732 anggota bersama 58 jentera dan 25 bot telah dikerahkan bagi usaha menyelamat mangsa banjir di Chaah, Labis dan Segamat bermula 1 Mac lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad