web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedang Bangunkan Sistem Kenalpasti Lori Lebih Muatan Ketika Bergerak – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:07AM

Anthony Loke Siew Fook berkata, menerusi penggunaan sistem dibangunkan bersama Kementerian Kerja Raya itu, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara automatik tanpa kenderaan tersebut perlu berhenti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan membangunkan sistem dikenali ‘High Speed-Weigh in Motion’ atau Timbangan Berkelajuan Tinggi Dalam Pergerakan (HS-WIM) bagi mengenalpasti pemandu lori yang membawa muatan berlebihan di jalan Persekutuan dan negeri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, menerusi penggunaan sistem dibangunkan bersama Kementerian Kerja Raya itu, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara automatik tanpa kenderaan tersebut perlu berhenti.

“Pada peringkat awal, terdapat 11 lokasi terpilih yang sudah ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pemasangan sistem HS-WIM yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini

“Sistem HS-WIM ini dijangka dapat memperkukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas sempena penggal Dewan Rakyat mengenai keberkesanan operasi penguatkuasaan terhadap pemandu lori yang membawa muatan berlebihan di jalan Persekutuan dan negeri.

Menurutnya, antara usaha atau tindakan lain dilaksanakan kementeriannya bagi mengenalpasti pemandu lori yang melakukan kesalahan itu adalah menerusi aktiviti penguatkuasaan dijalankan JPJ ke atas peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat.

Malah, katanya, Kementerian Pengangkutan akan terus menumpukan dan memperkukuhkan aktiviti advokasi, program pendidikan, penetapan peraturan serta penguatkuasaan melalui agensinya.

“Aktiviti ini bagi memastikan keberkesanan operasi penguatkuasaan terhadap pemandu lori yang membawa muatan berlebihan,” katanya.

Anthony berkata, selain mengoperasikan 48 Stesen Penguatkuasa (atau stesen timbang) di seluruh negara, JPJ dibekalkan dengan 67 unit alat timbang mudah alih bagi tujuan menguatkuasakan peraturan berkaitan kenderaan lebih muatan.

“Bagi tempoh lebih kurang 3 tahun, iaitu bagi 2018 hingga September 2021, sejumlah 193,950 notis saman dikeluarkan atau kira-kira 50,000 notis saman dalam setahun,” katanya.

Terdahulu, pada 2019, Anthony yang ketika itu memegang portfolio sama ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), mengingatkan pengusaha lori di negara ini supaya tidak melanggar peraturan berhubung had muatan atau mereka akan berdepan hukuman denda lebih tinggi.

Katanya, penggunaan ​​​​​​Akta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang mengenakan denda lebih tinggi di samping Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 bagi kesalahan terlebih muatan, sudah diterangkan secara terperinci kepada pengusaha lori.

“Sebaik sahaja (pengusaha lori) melanggar had muatan dibenarkan, mereka tertakluk dikenakan denda.

“Sekiranya saya tidak kuatkuasakan peraturan, semua orang akan langgar (peraturan) jadi saya amat tegas dengan perkara ini.

“Jangan salahkah pihak penguat kuasa yang mengenakan denda berat apabila anda langgar peraturan ini. Ramai pengguna jalan raya mengadu bahawa di lebuh raya terdapat lori terlebih muatan yang membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.

Bagi kesalahan lori terlebih muatan, Akta JPJ memperuntukkan denda maksimum RM2,000, manakala Akta APAD mengenakan hukuman denda minimum RM1,000 dan maksimum RM500,000. – Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar