web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Johor: 2 Warga Emas Terperangkap Di Rumah Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Dua warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap di kediaman masing-masing di Kampung Kwongsai, Chaah, di sini, pagi tadi, sekali gus menjadi korban terbaharu banjir di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mayat lelaki dan wanita berusia lingkungan 70 tahun itu ditemukan kira-kira 11 pagi oleh sepasukan anggota ketika membuat pemantauan selepas banjir surut di kawasan itu.

“Kedua-dua mangsa tinggal seorang diri di rumah masing-masing dan ketika kejadian, rumah mereka ditenggelami air sehingga paras bumbung.

“Jiran memaklumkan mangsa tidak mahu meninggalkan rumah ketika air sedang naik kerana beranggapan banjir tidak akan berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zamry berkata banjir di daerah itu turut menjejaskan kawasan perumahan polis di Chaah dan Bandar Segamat, melibatkan 169 keluarga pegawai dan anggota polis.

Beliau yang menyifatkan banjir itu sebagai terburuk setakat ini, turut menyebabkan dua laluan utama ditutup hingga petang ini iaitu Jalan Jabi-Bukit Tempurung (Segamat) sejauh 10 kilometer dan Jalan Kampung Tungku Tiga-Felda Pemanis.

“Laluan yang sebelum ini ditutup iaitu KM151.0 Jalan Johor Bharu-Seremban sudah mula dibuka kepada pengguna,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad