web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Mesti Pimpin Perunding Swasta, Bukan Bergantung Kepada Mereka - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 8:29PM

Anwar beramah mesra bersama anak-anak petugas kedutaan Malaysia pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia sempena lawatan rasmi ke Filipina di Rumah Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperkenalkan dasar yang memerlukan perkhidmatan awam memimpin dalam memberikan nasihat kepada pentadbirannya mengenai polisi dan strategi, bukan bergantung kepada perunding luar.

Beliau berkata, ia boleh dilaksanakan dengan penjawat awam menyediakan cadangan penyelidikan dan dapatan untuk membuat keputusan, berbanding kebergantungan kepada pihak ketiga, melainkan kekurangan pakar bidang dalam kerajaan.

Katanya, dasar baharu itu sudah dilaksanakan dan garis panduan mengenai perkara terbabit diberikan kepada sektor awam.

Presiden PKR itu berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sudah ‘menjelaskan perkara itu’ kepada perkhidmatan awam, malah beliau menyebutnya berulang kali dalam mesyuarat pasca Kabinet, khususnya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, ia bukan bermakna kerajaan tidak akan mendapatkan bantuan perunding, terutama dalam bidang khusus di mana sektor awam tiada kepakaran.

“Saya sudah membuat rujukan itu (berhubung perunding) semasa perbincangan Belanjawan kerana saya yakin dengan kemampuan penjawat awam yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan kelayakan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis minum petang bersama Diaspora Malaysia di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Makati di sini, petang tadi.

Menurutnya, jika mereka memerlukan, sebagai contoh, beberapa bentuk bantuan daripada perunding, ia boleh dilakukan, tetapi mesti diterajui pasukan kita dan kita perlu melatih mereka.

“Apabila mereka (penjawat awam) mendapat pendedahan, mereka boleh melatih yang lebih muda,” katanya.

Perdana Menteri yang menghadiri acara terakhir sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Filipina diminta menjelaskan jawapannya semasa sesi soal jawab bahawa kerajaan sebelum ini, terlalu bergantung kepada pakar luar dan perunding asing dalam pelbagai perkara, menyebabkan pentadbiran menanggung ratusan juta wang cukai.

“Apa yang berlaku sekarang ialah kecenderungan untuk membahagikan sebahagian besar dapatan dan cadangan ini kepada badan asing sepenuhnya, dengan input daripada penjawat awam.

“Kita mempunyai kapasiti dan kepakaran penjawat awam dan di manakah kita menggunakannya?”

“Jika mereka memerlukan perunding, mereka boleh memberitahu kita bahawa mereka memerlukannya dalam bidang tertentu ... kita tidak perlu mewakilkan keseluruhan cadangan kerana mereka sudah melakukan banyak jenis penyelidikan,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, perbelanjaan untuk mengambil perunding luar, terutamanya warga asing adalah tinggi dan penjawat awam cenderung tidak menerima latihan dalam bidang terbabit.

“Ia seperti tidak mempunyai cukup keyakinan dalam perkhidmatan awam,” katanya. - The Vibes, 2 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad