web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tadbir Urus Baik, Akauntabiliti Demokrasi Adalah Tunjang Kerajaan Saya’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 2:51PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tadbir urus baik dan akauntabiliti demokratik akan menjadi tunjang memperkukuhkan pentadbirannya yang merangkumi prinsip diformulakan menerusi falsafah Membangun Malaysia Madani.

Menyampaikan ceramah bertajuk ‘30 Tahun 'Renaissance Asia: Takeafays Strategic ASEAN’ di sebuah universiti terkemuka di Filipina, beliau menegaskan, Malaysia tidak berkompromi dengan sikap tidak bertoleransi, ketidakadilan, ketamakan dan eksploitasi.

Ketika menyampaikan ucapan pada hari kedua lawatan rasminya ke negara berkenaan, Anwar turut memuji rakyat Filipina di atas keberanian mereka menunjukkan demokrasi.

Beliau berkata, Malaysia baru-baru ini mempunyai proses yang sama dan menjadi landasan membolehkannya memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

“Anda menunjukkan keberanian tanpa ragu bahawa anda mampu menghadapi kuasa yang sombong dan menunjukkan kepada kami, di ASEAN dan seterusnya, kekalahan pada masa kesusahan bukanlah satu pilihan.

"Anda juga menunjukkan bahawa demokrasi bukan sekadar slogan yang akan dibentuk hanya pada masa pilihan raya dan digunakan secara betul, malah demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka dengan lebih baik,” katanya.

Anwar menyampaikan ceramah selepas menerima ijazah dalam Doktor Undang-undang Kehormat di Teater Kampus Diliman di Quezon City pagi ini.

Perdana Menteri dirujuk sebagai seorang sarjana berhubung ikon negara Filipina, Jose Rizal serta dianggap pakar ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi diiktiraf di peringkat antarabangsa, selain keperluan untuk akauntabiliti.

Syarahan Anwar, antara lain, menyentuh mengenai bukunya, The Renaissance Asia yang mengandungi koleksi esei diterbitkan pada tahun 1996 semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, ketika dia menulis buku itu, rantau Asia Timur melalui perkembangan ekonomi transformatif, sambil menambah bahawa pertumbuhan KDNK tahunan purata di rantau berkenaan selama tiga dekad hingga 1996 adalah kira-kira 6.5 peratus.

Perdana Menteri berkata, sejak itu, ASEAN berubah secara dramatik dalam 30 tahun yang membawa kepada pencapaian dan peluang lebih besar walaupun terdapat ujian dan kesukaran.

“Bagi Asia pada umumnya dan terutamanya untuk ASEAN, identiti kita tetap sama, kepelbagaian dan perbezaan kebudayaan, tetapi bersatu dalam martabat bangsa yang sudah tersemat dalam diri kita sendiri sejak perjuangan berdepan penjajah dan penyesuaian kita ke dunia global,” katanya - The Vibes, 2 Mac, 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad