web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Lantikan NC Universiti, MSAP Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:15AM

Isu lantikan naib canselor universiti oleh menteri adalah antara isu yang akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada kerajaan akan meneruskan amalan lantikan naib canselor universiti oleh menteri antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, pertanyaan itu akan dikemukakan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) kepada Menteri Pendidikan Tinggi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin tahu sama ada lantikan jawatan berkenaan diberikan secara autonomi kepada warga universiti sendiri untuk mengundi naib canselor mereka, susulan keputusan kerajaan tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Khoo Poay Tiong
Khoo Poay Tiong

Turut dibangkitkan adalah pertanyaan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta Menteri Komunikasi dan Digital menjelaskan mengenai Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) baharu yang mula berkuat kuasa semalam dan kesannya terhadap sektor telekomunikasi serta pengguna dari segi mutu perkhidmatan.

Pada sesi sama, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pula bertanyakan kepada Menteri Kesihatan berhubung prestasi dalam melancarkan aktiviti dan program mencegah kanser serviks selaras dengan Pelan Tindakan Ke Arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030.

Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan punca dan penyelesaian yang akan diambil berkenaan isu bahaya kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas, yang lebih besar berbanding kes COVID-19.

Selain itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan juga dijadualkan menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang ingin tahu langkah kementerian itu untuk membendung masalah kenaikan harga rumah yang berterusan.

Selesai sesi soal jawab itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari keempat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad