web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tender Projek Pembesaran LTAPP Dibuka 2 Bulan Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:02PM

Anthony Loke berkata LTAPP merupakan lapangan terbang yang ketiga paling sibuk di Malaysia dan kali terakhir dinaik taraf adalah pada 2013 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang diluluskan dalam Belanjawan 2023 akan dibiayai oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan tender akan dibuka dua bulan lagi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau telah mengadakan lawatan ke LTAPP dan mendapati terdapat keperluan mendesak untuk projek itu disiapkan segera.

"Fasa pertama projek pembesaran ini akan dibuka tender dalam dua bulan lagi oleh MAHB supaya kerja-kerja binaan boleh bermula pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga atau empat tahun.

"Setelah siap nanti, kapasiti penumpang akan dinaikkan kepada 12 juta setahun, berbanding 6.5 juta setahun sekarang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sehari di sini hari ini.

Loke berkata kerajaan berpendapat MAHB mampu membiayai projek pembangunan itu kerana LTAPP merupakan lapangan terbang yang menguntungkan.

"Kos akan ditanggung oleh MAHB dalam mekanisme kewangan yang akan dipersetujui antara MAHB dan Kementerian Kewangan. Jadi saya tidak akan menyebut kos projek ini kerana ia akan dilakukan melalui tender terbuka, kalau sebut kos nanti semua pihak akan masuk tender mengikut kos itu," jelasnya.

Loke berkata LTAPP merupakan lapangan terbang yang ketiga paling sibuk di Malaysia dan kali terakhir dinaik taraf adalah pada 2013.

"Projek pembesaran LTAPP ini tidak akan melibatkan pengambilan tanah sekolah, tiada tambak laut dan kos keseluruhan dibiayai oleh MAHB," katanya.

Sementara itu, ketika ditanyai mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Loke berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen aerodrome atau lapangan terbang kecil.

"Mereka telah membentangkan projek itu kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara dan sebagainya tetapi kalau proses-proses itu sudah mendapat kelulusan, langkah seterusnya adalah mendapatkan kelulusan untuk memohon lesen aerodrome...itu belum sampai," katanya.

Terdahulu, Loke melawat LTAPP, terminal feri dan Penang Sentral selain melakukan kunjungan rasmi ke pejabat Ketua Menteri Chow Kon Yeow. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam