web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Jabatan Perikanan Hilang: Identiti 4 Kru Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 2:53PM

Sehingga kini, kedudukan bot dan keempat-empat mangsa berkenaan masih belum dapat dipastikan, namun operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sudah pun diaktifkan - Gambar Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Identiti empat pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia yang hilang ketika bot dinaiki dalam perjalanan dari Tanjung Pengelih ke Pangkalan Tampoi, petang semalam, sudah dikenalpasti.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, keempat-empat mangsa yang masih hilang disahkan sebagai Fatimah Razak, 36; Zaharin Baharudin, 37; Halim Sanip, 52, dan Marsuki Jusuh, 53.

Katanya, sehingga kini, kedudukan bot dan keempat-empat mangsa berkenaan masih belum dapat dipastikan, namun operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sudah pun diaktifkan.

“Op SAR kini diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Police Operations Command Center (POCC) dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS).

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan memberi sokongan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya lagi, segala perkembangan SAR akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Maritim Malaysia.

Dalam kejadian itu, sebuah bot peronda perikanan PL87 yang diketuai Fatimah gagal dikesan pada jam 12.45 tengah hari semalam.

Bot tersebut dilaporkan berlepas dari Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Johor dalam perjalanan balik ke Pengkalan Tampoi.

Bagaimanapun ia tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan ketika berada di perairan berkenaan.

Susulan itu, Maritim Malaysia menggerakkan bot Pengawal 46 dan bot Kilat 18 bagi mengesan bot dan mangsa yang hilang.

Difahamkan, PPM Wilayah 2 turut menggerakkan tiga asetnya bagi membantu pencarian.

Lokasi pencarian ditumpukan di sekitar perairan Tuas, Singapura dan Tanjung Piai berikutan maklumat diterima dari pihak berkuasa Singapura bahawa lokasi terakhir Bot PL87 dikesan di perairan Tuas sekitar jam 3 petang, semalam. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad