web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Terbuka Dengar Cadangan Pinda Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 2:31PM

Teo Nie Ching ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) terbuka untuk mendengar cadangan bagi meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dipertikaikan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.

Berucap di Dewan Rakyat pada sesi soal jawab hari ini, Timbalan Menteri, Teo Nie Ching (Kulai-PH) berkata, kementeriannya sedia mendengar pendapat bagaimana akta tersebut boleh diperbaiki.

Peruntukan berkenaan dengan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar dan menjenayahkan mana-mana individu yang membuat atau menyebar ulasan dalam talian yang dianggap lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain.

“Terdapat usaha untuk mengkaji Seksyen 233… usaha ini lebih kepada melihat bagaimana siasatan (di bawah seksyen) boleh diringankan.

“Kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Ahli Parlimen tentang cara untuk menambah baik Seksyen 233. Sudah tentu ada keperluan untuk mewujudkan undang-undang, tetapi kami boleh mencari cara untuk memastikan ia tidak disalahgunakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (Bangi-PH) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Shahredzan berkata, sebagai peguam, beliau telah mewakili rakyat yang disiasat di bawah undang-undang tersebut selepas menyiarkan kritikan dalam talian terhadap pemimpin politik.

Baru-baru ini, kumpulan hak undang-undang, Lawyers for Liberty menyatakan tidak bersetuju dengan penahanan dua pelajar sekolah selepas video mereka "mencaci kertas sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)" menjadi tular.

Pengarahnya, Zaid Malek berkata, penggunaan Seksyen 233, yang digunakan terhadap remaja lelaki berkenaan, adalah penghalang kepada kebebasan bersuara dan bertentangan dengan janji reformasi oleh Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  (Tambun-PH).

Sebelum ini, Syahredzan turut menggesa agar undang-undang itu dikaji semula dengan segera, sambil menegaskan bahawa definisinya yang luas menjadikan ia terdedah kepada penyalahgunaan.

Kenyataannya itu dibuat selepas keputusan polis untuk mendakwa pengasas Refuge for the Refugees, Heidy Quah atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 233, walaupun ia kemudiannya digugurkan.

Heidy berkata, pada mulanya dia dikhabarkan akan didakwa di bawah peruntukan itu kerana hantaran di Facebook yang menyatakan kebimbangannya mengenai penahanan besar-besaran pelarian dan pendatang semasa sekatan COVID-19.

Bagaimanapun, dia dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa polis tidak akan meneruskan kes tersebut. – Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kandungan Palestin Disekat, KKD Temui TikTok Esok - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 80 Aduan Berkaitan Nombor Telefon Kitar Semula Diterima Sejak 2012 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Rangka Program Memperingati Jasa Tun Dr Ismail

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Penyiaran Terbitkan Senarai Lokasi, Tarikh Program Jualan Rahmah - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad