web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontraktor Curi Seluar Dalam Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 2:07PM

Seorang kontraktor binaan ditahan selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di daerah Petaling Jaya, Selangor, untuk mencuri seluar dalam wanita di kediaman tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor binaan ditahan selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di daerah Petaling Jaya, Selangor, untuk mencuri seluar dalam wanita di kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 23 Februari lalu berhubung kejadian itu.

Susulan daripada laporan tersebut, beliau berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun sekitar jam 8.30 malam hari yang sama.

Bahan kes yang dirampas - Gambar Polis
Bahan kes yang dirampas - Gambar Polis

“Ketika ditahan polis turut merampas dua helai seluar dalam wanita yang ditemui bersama lelaki tersebut untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis membuka dua kertas siasatan terhadap suspek berdasarkan jenayah yang dilakukan lelaki tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan rumah dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana mencuri dua helai seluar dalam wanita,” katanya.

Mohamad Fakhruddin berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada esok untuk pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad