web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor Minta Bantuan Guna Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 12:51PM

Setakat ini, banjir dilaporkan berlaku di empat daerah membabitkan Kluang, Johor Baru, Kota Tinggi, dan Segamat. - Gambar Twitter @mohdirw2684171

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Dengan hujan berterusan sejak petang semalam, beberapa daerah di Johor dilanda banjir dan mangsa menggunakan media sosial bagi mendapatkan bantuan untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Setakat ini, banjir dilaporkan berlaku di empat daerah membabitkan Kluang, Johor Baru, Kota Tinggi, dan Segamat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri juga mengumumkan seramai 1,591 mangsa di keempat-empat daerah itu ditempatkan di 21 pusat pemindahan setakat jam 8 pagi tadi.

Sementara itu, pengguna Twitter @mohdirw2684171 berkongsi keadaan banjir di Kg Batu 23 di Pagoh dan sedang meminta bantuan untuk warga emas di kawasan tersebut.

“Tolong maklumkan kepada anggota keselamatan di Kg Batu 23, 84600, Pagoh, Muar, Johor.

“Sebilangan besar warga emas belum dipindahkan, mengharapkan anggota keselamatan yang boleh membantu,” katanya.

Pengguna Facebook Azerien Jamall turut meminta bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelamatkan anak dan mentuanya di Chaah, Segamat.

Walaupun mereka sudah mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan, keluarganya kini melihat paras air banjir di kawasan itu semakin meningkat, menyebabkan laluan bekalan terputus.

“Tolong doakan keselamatan mentua dan anak-anak saya. Anak-anak saya melawat nenek mereka ketika banjir melanda. Sudah 20 tahun situ tak banjir. Alhamdulillah, masing-masing dah ada dekat dewan penempatan sejak jam 2 pagi semalam.

“Tetapi hujan masih lebat. Air dah nak naik hampir paras dewan. Mohon bantuan NGO yang ada. Jalan dan bekalan terputus,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Hapizah Wahid, berkongsi keadaan rumah ibunya di Chaah yang dilanda banjir, dengan separuh daripada rumahnya sudah ditenggelami air.

Ibunya yang sakit, sudah dipindahkan ke tingkat atas, dan Hapizah tidak dapat menghubunginya kerana mendapat maklumat kebanyakan jalan raya dinaiki air.

“Sudah lama rumah ibu saya tak dinaiki air. Sekarang separuh rumah dah tenggelam. Mak demam, kurang sihat tetapi dah pindah ke atas.

“Nak balik pun kakak maklumkan kebanyakan jalan sudah dinaiki air. Saya harap hujan reda, kakak boleh ambil mak,” katanya.

Sementara itu, Azizah Bani menerusi hantaran di Facebook turut meminta bantuan kecemasan dari bumbung rumahnya di Kg Jawa, Chaah.

“Bantuan segera diperlukan. Banjir. Kami sekeluarga berada di atas bumbung rumah kami di No. 46, Jalan Sidek, Kg Jawa, Chaah,” katanya.

Ketika ini, agensi telah menggerakkan bantuan ke pelbagai kawasan di Johor.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, melawat Labis untuk mengawasi keadaan banjir di situ bersama-sama “Pasukan Botman” yang menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Orang ramai di daerah Segamat yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 07-9324222.

7 Briged tentera sudah berada di kawasan terjejas di Kluang sejak 9.30 malam semalam bagi membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan berhampiran. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad