web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kongsi Kandungan Lucah Catat Aduan Tertinggi Diterima MCMC - Nie Ching

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 12:03PM

Teo Nie Ching - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 peratus atau 1,631 daripada 2,825 aduan yang diterima serta disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kesalahan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial dalam tempoh 2009 hingga semalam, adalah atas kesalahan menyebar kandungan berunsur lucah.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, selain itu aduan menyebar kandungan jelik merekodkan sebanyak 546 kes, diikuti kandungan sumbang (tujuh), kandungan palsu (574) dan baki 74 aduan adalah melibatkan kandungan mengancam dan kandungan sumbang.

“Daripada aduan diterima berkenaan, sebanyak 108 kes masih dalam siasatan, 115 kes telah didakwa di mahkamah, 40 kes dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan RM138,250 dan 84 kes telah dikeluarkan notis amaran.

“Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) bertanyakan statistik individu disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah seksyen itu dalam tempoh berkenaan mengikut tahun dan jenis hantaran.

Bagaimanapun, Nie Ching berkata daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak 2,478 kes telah dikenakan status Tiada Tindakan Lanjut (NFA) dan/atau Tiada Kesalahan Dizahirkan (NOD) disebabkan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan suspek dengan kesalahan disiasat di bawah seksyen berkenaan.

Katanya, daripada 115 kes didakwa di mahkamah, sebanyak 105 kes telah selesai dan tujuh kes lagi sedang dalam kes perbicaraan.

Menjawab soalan tambahan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung bentuk kawalan dan pencegahan bagi isu kandungan lucah dan mengganggu ketenteraman, Nie Ching berkata penyedia platform media sosial juga membuat tapisan bagi memastikan kandungan yang mempunyai unsur berkenaan tidak dimuat naik.

“Kami juga akan menghubungi penyedia platform untuk pastikan kandungan itu akan dipadamkan selain bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk pastikan bahawa kandungan yang sifatnya meragukan tidak dihantar keluar,” katanya.

Misalnya beliau berkata, sebanyak  518  juta khidmat pesanan ringkas meragukan telah disekat bagi tempoh 2021 hingga 2022 kerana bukan sahaja bersifat lucah, tetapi juga mengandungi unsur lain seperti penipuan.

“Banyak lagi nombor telefon telah kami sekat kerana kami syak telah disalahgunakan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad