web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Kerajaan Jatuh Lagi, Jangan Salahkan Kami - Hadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 4:21PM

Abdul Hadi Awang - Gambar oleh Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang-PN) mengingatkan kerajaan supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya tumbang sekali lagi dengan cara yang sama seperti perpecahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2020.

Presiden PAS itu sebaliknya mencadangkan situasi itu berpunca daripada kepincangan dan kelemahan kerajaan sendiri.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Hadi menyatakan bagaimana kerajaan PH sebelum ini mengetepikan kawasan majoriti Melayu yang kini di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), walaupun keadaan berubah apabila gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, rakyat kemudiannya menawarkan sokongan kepada PN sebagai protes terhadap kegagalan PH menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan rayanya.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

“Kejayaan menukar kerajaan bukan melalui pintu belakang, tetapi kerana atapnya bocor dan dindingnya pecah.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti komponen PH tidak mempunyai cukup kerusi dan terpaksa bekerjasama dengan parti kecil lain yang berpenyakit bagi memastikan jumlah mencukupi dalam kerajaan.

“Kalau kamu jatuh lagi, jangan salahkan kami. Ia bukan kerana kami tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan2023 di sini, hari ini. 

Pada Februari 2020, perebutan kuasa dalaman membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu dan krisis politik selama seminggu.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri selepas beliau mengetuai hampir semua Ahli Parlimen partinya, serta beberapa daripada PKR, untuk membentuk kerajaan baharu bersama UMNO dan PAS.

Kemudian, BERSATU dan PAS membentuk gabungan PN.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Muhyiddin bagaimanapun, meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatan itu apabila hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Terdahulu dalam perbahasannya, Hadi memberi amaran kepada kerajaan perpaduan agar tidak hanya bertindak menyerang pihak lawan bagi menutup kelemahan sendiri.

“Ini kerana dinding (anda) menjadikan semua yang berlaku di dalam kelihatan, dan ia mudah pecah,” katanya.

Hadi berkata, kegagalan PH mendapatkan undi penjawat awam tidak seharusnya menjadi alasan untuk kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdendam dengan kumpulan itu. 

Beliau berkata, ahli politik berintegriti yang boleh dipercayai harus melaksanakan keadilan untuk semua pihak, tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

Ahli Parlimen PAS itu berkata, dalam sebuah negara demokrasi, pembangkang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan selepas pilihan raya bagi memastikan mereka menyedari kelemahan yang ada.

Beliau juga mengaitkan isu tertentu dengan keengganan kerajaan untuk menyediakan pembiayaan kawasan pilihan raya sama rata kepada pembangkang, dengan mengatakan tindakan itu menyeleweng prinsip Islam dan demokrasi.

“Malah, ia jauh sekali daripada ajaran Islam yang merupakan agama rasmi negara seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan akan memburukkan imej kerajaan,” katanya. -The Vibes, 28 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar