web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah: 10 Individu Termasuk Penjawat Awam Direman 5 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 1:10PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sepuluh individu termasuk penjawat awam dan pemilik bot nelayan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan sejak lebih lima tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita yang berumur lingkungan 26 hingga 57 tahun itu selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lima daripada mereka ialah penjawat awam yang merupakan kakitangan Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semalam, media melaporkan berpuluh kakitangan dan pegawai penguat kuasa dipercayai menerima suapan secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu dengan kegiatan itu berjaya dikesan berikutan risikan SPRM terhadap tiga agensi kerajaan berkenaan.

Laporan itu menyebut kakitangan tiga agensi tersebut dipercayai menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan, dalam bentuk wang tunai.

Risikan telah dilakukan SPRM sejak beberapa bulan lalu terhadap semua agensi itu terutama di negeri utara tanah air iaitu di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selain turut melibatkan Pulau Langkawi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad