web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Belia Dalam TVET, Kesesakan Hospital Kerajaan Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 9:22AM

Isu penglibatan belia dan TVET, reformasi sistem dan institusi negara serta kesesakan hospital kerajaan adalah antara perkara yang akan dibangkitkan di Parlimen hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu keterlibatan belia dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), reformasi sistem dan institusi negara serta kesesakan hospital kerajaan antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Pada sesi berkenaan, Young Syefura Othman (PH-Bentong) bertanyakan Perdana Menteri mengenai  usaha kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan TVET, sementara Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu tahu sama ada kerajaan bercadang melakukan proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi sistem dan institusi negara.

Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pula bertanyakan mengenai langkah kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara ekoran kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan ketika ini.

Turut menjadi tumpuan adalah persoalan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan semula atau tidak.

Soalan itu dibangkitkan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Selesai sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kedua. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad