web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Premis Tawar Menu Rahmah Dijangka Meningkat 2 Kali Ganda Pada Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 4:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 700 gerai dan restoran di seluruh negara sudah menawarkan Menu Rahmah, dan jumlah yang bakal menyertai inisiatif berkenaan dijangka meningkat dua kali ganda bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Pada bulan hadapan jumlah penawaran tersebut bakal meningkat dua kali ganda termasuk penglibatan francais restoran makanan segera bagi terus membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Salahuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan Menu Rahmah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (arah selatan) di sini hari ini yang turut disertai Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menu Rahmah merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga secara sukarela, dengan menyediakan hidangan pada harga RM5 dan ke bawah.

Salahuddin berkata setakat ini tiada sebarang aduan rasmi diterima yang mengatakan makanan ditawarkan Menu Rahmah adalah koman atau tidak berkhasiat.

“Dari awal lagi pemain industri terbabit dalam sesi libat urus berhubung penyediaan menu berkenaan, dan mereka tidak dipaksa malah sukarela untuk membantu rakyat bagi menyediakan hidangan yang berkualiti,” katanya dan maklum balas diterima menyatakan jumlah pelanggan para peserta juga semakin bertambah.

Salahuddin berkata langkah seterusnya adalah untuk bertemu dengan pemain industri sektor pembuatan dalam usaha untuk meringankan beban pemilik gerai makanan yang terlibat menawarkan Menu Rahmah.

“Saya akan berjumpa dengan pihak sektor pembuatan dan mungkin kita bincang sama ada pihak tersebut boleh beri harga ‘Rahmah’ kepada pemilik gerai. Itu langkah seterusnya yang akan dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Nanta berkata sebanyak 215 gerai di kawasan R&R di semua lebuh raya telah menawarkan Menu Rahmah setakat ini, dan lebih 100 gerai lagi di kawasan R&R juga disasarkan menyertai inisiatif berkenaan bulan depan.

Menurutnya, fasa pertama inisiatif berkenaan diperkenalkan untuk pengguna Lebuhraya Plus sejak 23 Februari lepas di beberapa R&R serta hentian sebelah di wilayah tengah lebuh raya berkenaan.

Fasa kedua dan ketiga yang akan mula dilaksanakan bulan depan melibatkan Lebuhraya Plus wilayah selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

4

TARA 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar