web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CUEPACS Seru Warga Perkhidmatan Awam Sokong KPPA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 2:30PM

CUEPACS yakin pengalaman kepimpinan dan pengalaman luas Zulkapli mampu menerajui JPA dan perkhidmatan awam ke arah lebih baik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seluruh warga perkhidmatan awam diseru memberikan sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang baharu, Datuk Dr Zulkapli Mohamed demi kebaikan institusi.

Menyambut baik pelantikan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya yakin kepimpinan dan pengalaman luas Zulkapli mampu menerajui JPA dan perkhidmatan awam ke arah lebih baik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Katanya, perkhidmatan awam sememangnya memerlukan pemimpin berpengalaman luas dan dekat dengan penjawat awam supaya segala permasalahan serta hal kebajikan warganya, dapat disantuni secara berkesan.

Adnan Mat - Gambar fail
Adnan Mat - Gambar fail

“CUEPACS sebagai sebuah kesatuan yang mewakili suara warga perkhidmatan awam sebelum ini, sudah mempunyai hubungan amat baik dengan Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

“Beliau sentiasa menjadi rujukan CUEPACS dalam hal melibatkan permasalahan penjawat awam dan selalu bertukar pandangan antara satu sama lain.

“CUEPACS berharap hubungan baik ini terus terjalin bagi memastikan kualiti perkhidmatan awam sentiasa dapat ditingkatkan, selaras dengan kebajikan warganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Zulkapli sebagai KPPA yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Dr Zulkapli Mohamed - Gambar dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
Dr Zulkapli Mohamed - Gambar dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam

Jawatan KPPA kosong selepas perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ditamatkan berkuat kuasa 12 Disember tahun lalu.

Ia susulan insiden tular kontroversi di antara Mohd Shafiq dengan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Adnan turut mengalu-alukan pelantikan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu.

“Pengalaman luas beliau dalam bidang ekonomi, kewangan dan dasar, menjadi sandaran kepada perkhidmatan awam untuk meneruskan kecemerlangan pengurusan kewangan serta ekonomi negara melalui tadbir urus yang baik,” katanya. – Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad