web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Ada Kedudukan Unik Terajui Dialog Agama, Rangka Strategi Tangani Islamofobia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 1:18PM

Zambry berkata Islamofobia bukan sekadar kebencian atau prejudis terhadap umat Islam, malah pelanggaran secara terbuka terhadap hak asasi manusia. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Malaysia mempunyai kedudukan unik untuk menerajui usaha ke arah dialog antara agama dan membabitkan diri dengan negara Islam lain, bagi membangunkan strategi pada skala global termasuk dalam menangani Islamobofia.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ia kerana Malaysia berdiri sebagai model moden berjaya bagi sebuah negara majoriti Islam, dengan masyarakat berbilang agama, budaya dan kaum yang harmoni.

Menurutnya, beliau mencadangkan usaha itu dilaksanakan di bawah naungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bagi menegaskan komitmen globalnya untuk menangani Islamofobia. 

Zambry berucap Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.
Zambry berucap Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.

“Bagi tujuan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan visi berpandangan ke hadapan untuk Malaysia.

“(Konsep) Malaysia Madani seperti yang digambarkan, membentangkan aspirasi masyarakat bertamadun, berkemahiran serta inklusif berdasarkan enam nilai teras, iaitu kelestarian, kemakmuran, inovasi, hormat, amanah dan belas kasihan.

“Visi ini diterima baik saudara dan saudari Islam di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.

Sebahagian delegasi yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.
Sebahagian delegasi yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isu Islamofobia, Zambry berkata, sekiranya umat dan negara Islam membiarkan sikap itu berterusan, ia dianggap tindakan bersubahat.

Jelasnya, ia juga ditafsirkan sebagai menafikan hak umat Islam untuk bersuara dan mengamalkan kepercayaan mereka secara bebas.

“Ia bermakna umat Islam turut bersubahat menceroboh hak asasi manusia untuk seseorang mengamalkan agama tanpa berasa takut.

“Perkara itu kerana hak kebebasan bersuara bukan bermaksud individu bebas menghina agama orang lain, iaitu perbuatan tidak selari dengan prinsip universal menghormati agama.

“Kita perlu mengakui bahawa perbuatan Islamofobia bukan sekadar kebencian atau prejudis terhadap umat Islam, malah pelanggaran secara terbuka terhadap hak asasi manusia,” - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad