web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Beradik Lemas Di Air Terjun Sungai Sedim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tindakan seorang abang yang mahu menyelamatkan adiknya daripada lemas berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemukan lemas di kawasan Air Terjun Sungai Sedim, di Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata sebelum kejadian, mangsa Mohamad Syafiq Yusof, 33, dan adiknya Mohamad Syazwan, 25, dikatakan mandi bersama tiga rakan mereka di air terjun itu pada 3.20 petang.

“Semasa mandi di kawasan lubuk kawah, tiba-tiba air berpusar dan menenggelamkan kesemua mereka. Empat daripada mereka berjaya naik ke atas menyelamatkan diri, tetapi Mohamad Syazwan hilang dan disyaki lemas.

“Abang mangsa telah terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya. Bagaimanapun, kedua-dua beradik yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu, lemas,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Mohd Redzuan penduduk kampung turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum menemukan kedua-dua mangsa yang tenggelam di dasar sungai, pada 3.55 petang.

“Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad