web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buru Penghantar Makanan Tendang Pengawal Keselamatan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:21PM

Polis sedang mengesan seorang penghantar makanan kerana menendang seorang pengawal keselamatan kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah penghuni di Taman Bukit Meringin, Sungai Ramal Luar, di sini. - Tangkap layar dari Twitter @nanmanjoi8715

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Berang tidak dibenarkan masuk menghantar makanan kerana rumah pelanggan tidak berpenghuni, seorang penghantar makanan menendang pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Sungai Ramal Luar di sini.

Bagaimanapun, tindakan biadap suspek dirakam melalui kamera papan pemuka seorang penduduk taman tersebut yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Menurutnya, pengawal keselamatan yang ditendang adalah seorang lelaki warganegara Nepal yang ketika itu sedang bertugas mengawal kawasan perumahan tersebut.

“Punca kejadian ialah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan berkenaan yang tidak membenarkannya masuk kerana dimaklumkan rumah pelanggan dicari tidak berpenghuni.

“Suspek kemudian naik berang dan tidak puas hati dengan sikap pengawal keselamatan itu lalu turun dari motosikalnya dan menendang perut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut disaksikan oleh seorang penduduk berusia 42 tahun yang kemudiannya melaporkan ia kepada pihak polis.

“Kejadian dirakam dengan menggunakan dashcam kereta penduduk berkenaan. Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman  penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad