web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datuk, Datin Jadi Ejen Urus Pembantu Rumah Haram Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 6:16PM

Imigresen menahan seramai 13 wanita warga Indonesia berusia antara 22 hingga 47 tahun dalam serbuan yang dilakukan di kediaman pasangan bergelar Datuk dan Datin di Shah Alam. - Gambar dari Facebook JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kegiatan pasangan suami isteri bergelar Datuk dan Datin yang menjadi ejen Pembantu Rumah Asing (PRA) secara haram di negara ini terbongkar apabila kediamannya di di sini diserbu.

Pasangan berusia 66 dan 56 tahun tersebut dipercayai mendalangi aktiviti menguruskan kemasukan dan membekalkan pembantu rumah warga Indonesia secara haram, dengan dibantu ejen yang dikenali mereka di negara berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, aktiviti haram mereka terbongkar susulan maklumat awam dan risikan yang dilakukan pihaknya pada 16 Februari lalu.

Menurutnya, seramai 13 wanita warga Indonesia berusia antara 22 hingga 47 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan di kediaman pasangan berkenaan.

 Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail
Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

“Siasatan awal mendapati mereka masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai pelancong menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS). Lokasi serbuan merupakan rumah kediaman pasangan itu yang turut dijadikan tempat tinggal warganegara Indonesia terbabit.

“Warga Indonesia itu akan dibekalkan sebagai pembantu rumah dan juga pekerja pembersihan “ katanya.

Khairul Dzaimee berkata, mereka akan dikenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM4,500 seorang sebagai bayaran perkhidmatan mengurus kemasukan yang akan dipotong melalui gaji bulanan.

Beliau menegaskan, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen kerana disyaki membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ia mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

“Semua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan juga kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kes akan turut dirujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia berkait aktiviti pengambilan dan pembekalan pekerja yang dijalankan tanpa lesen yang sah,” katanya.

Jelas Khairul Dzaimee, Imigresen sentiasa memantau aktiviti penawaran pembantu rumah asing dan pekerja pembersihan harian secara tidak sah ini termasuk di semua media sosial oleh individu atau ejen haram. 

“Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan aktiviti ini dan sentiasa merujuk kepada maklumat terkini daripada Imigresen dan juga JTK Kementerian Sumber Manusia,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan