web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IPR Tawar Latihan, Tingkat Pendapatan Miskin Tegar Hingga RM2,000 Sebulan - Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 5:31PM

Rafizi hadir Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor, hari ini. - Gambar dari Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diselia Kementerian Ekonomi, mampu menjana pendapatan golongan miskin tegar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap isi rumah, seterusnya keluar daripada kelompok kemiskinan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tiga model diperkenalkan di bawah program IPR berkenaan, iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Katanya, program IPR yang turut menawarkan latihan kepada peserta itu, bertujuan mengatasi struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi menerusi kegiatan penjanaan pendapatan yang bersesuaian.

“Program IPR ini juga berperanan sebagai strategi serampang dua mata, iaitu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 (berpendapatan rendah) dan menyelesaikan struktur ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Amirudin Shari (kiri) dan Aminuddin Harun (kanan) pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor.
Amirudin Shari (kiri) dan Aminuddin Harun (kanan) pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor.

Rafizi berkata, INTAN diperkenalkan bagi mengatasi kekurangan bahan mentah makanan menerusi usaha menambah bekalan setempat, selain memastikan keterjaminan makanan setempat melalui tanaman dalam sektor strategik.

“INSAN menetapkan harga makanan siap RM2 mengikut templat bagi mengatasi harganya yang mahal. Ia juga mengelakkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan perubahan gaya hidup pembeli.

“Manakala IKHSAN mengatasi kesukaran mencari pekerja untuk khidmat tertentu dengan melantik penerima miskin tegar B40, selain kebergantungan kepada pekerja asing menerusi perubahan persepsi rakyat,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kerajaan akan menyediakan tanah, infrastruktur pertanian, latihan kemahiran, teknologi pertanian dan latihan perniagaan, kos operasi seperti baja, sokongan pemasaran, padanan dengan pembeli, elaun bulanan sementara menerima hasil tuaian serta pendapatan melalui koperasi bagi peserta program INTAN.

 “Bagi INSAN, peserta akan menerima mesin vending (bayaran sewa untuk tempoh 24 bulan), latihan kemahiran, teknologi dan latihan perniagaan, tempat berniaga di kedudukan tumpuan ramai, sokongan pemasaran serta pendapatan melalui koperasi.

“Peserta IKHSAN pula akan disediakan peralatan dan kelengkapan, urusan lantikan dengan tuan punya kemudahan, latihan kemahiran dan latihan perniagaan, elaun tambahan untuk digenapkan pendapatan mencecah RM2,000 sebulan serta pendapatan melalui koperasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bagi tahun ini, IPR mensasarkan 100,000 penerima daripada isi rumah miskin tegar dan B40; pembimbing dalam kalangan peniaga, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan (5,000) serta Koperasi Basmi Miskin Tegar (KOBMIT) (150).

“Pada 2024, jumlah sasaran itu, masing-masing ditambah kepada 150,000 penerima, 7,000 pembimbing dan 200 KOMBIT,” katanya. – Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad