web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Guna Sistem Simpanan Rekod Kesihatan Digital Sepanjang Hayat Pesakit – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 3:03PM

Dr Zaliha Mustafa berkata sistem elektronik EMR akan diperkenalkan secara berperingkat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia memulakan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) bagi terus memantapkan sistem penyampaian penjagaan kesihatan dalam tempoh terdekat.

Dalam sesi podcast eksklusif beliau bersama The Vibes, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, sistem elektronik sepanjang hayat rekod pesakit itu akan diperkenalkan secara berperingkat.

Dr Zaliha Mustafa - Gambar oleh Azim Rahman
Dr Zaliha Mustafa - Gambar oleh Azim Rahman

“Ia sangat penting. Tidak dinafikan EMR atau pendigitalan rekod adalah satu keperluan pada masa ini. Versi itu sudah tersedia di hospital tertentu.

“Tetapi saya fikir ia perlu diperkukuh, diperluas dan dinaik taraf. Sekarang kita akan tampil dengan yang baharu, iaitu EMR atau rekod perubatan elektronik dan ini sangat penting,” kata pemimpin wanita PKR itu yang pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai menteri.

Selain itu, Dr Zaliha mengesahkan projek perintis itu akan dilaksanakan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

“Kita kena ada sistem (mampan) dan berdaya tahan.

“Ini sangat penting dan saya berharap rekod perubatan dari individu masih dalam kandungan hingga meninggal dunia akan diperoleh.

“Pada setiap peringkat dan umur, akan ada rekod perubatan,” jelasnya.

Dr Zaliha yang menjadi Ahli Parlimen Sekijang selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15, November tahun lalu berkata, pendigitalan juga akan menyokong keperluan untuk menambah baik sistem penyampaian penjagaan kesihatan secara berterusan.

“Ia akan membantu mengurangkan beberapa masalah yang kami hadapi dalam perkhidmatan di hospital, contohnya di Jabatan Kecemasan. Kami boleh mempunyai sistem yang baik apabila orang datang ke institusi kesihatan, mendaftarkan mereka melalui sistem dan melakukan triage dengan cepat.

“Daripada sistem itu, ia akan membolehkan doktor (wad hospital) mengetahui katil yang tersedia, menghantar pesakit ke wad dengan cepat dan mengurangkan kesesakan di bahagian kecemasan,” katanya.

Temu bual eksklusif The Vibes dengan Dr Zaliha Mustafa di podcast Healthcare Today bersama Manvir Victor.
Temu bual eksklusif The Vibes dengan Dr Zaliha Mustafa di podcast Healthcare Today bersama Manvir Victor.

Setakat ini, Menteri Kesihatan wanita pertama negara itu sudah melawat beberapa hospital, termasuk di Putrajaya dan Klang, selain Hospital Sultanah Aminah (HAS) di Johor Bahru, iaitu tempat beliau mula berkhidmat sebagai doktor pelatih 34 tahun lalu.

“Saya berhasrat untuk melawat seberapa banyak hospital yang boleh.

“Kadang-kadang, saya juga berbual dengan pesakit,” katanya.

Menguruskan Jangkaan Masyarakat

Dr Zaliha turut berkongsi pandangannya mengenai usaha KKM mengurangkan beberapa isu sepanjang tiga bulan lalu, termasuk pendekatan mewujudkan sistem ‘firefighting’ dan mendengar aduan orang ramai.

“Terdapat banyak perkara yang berlaku dan ia bukan hanya mengenai kesihatan mereka. Ia mengenai kehidupan mereka,” kata wanita berusia 59 tahun itu.

Dr Zaliha turut menyatakan hasrat untuk melawat seberapa banyak hospital yang boleh.
Dr Zaliha turut menyatakan hasrat untuk melawat seberapa banyak hospital yang boleh.

Dalam menggalas tanggungjawab orang nombor satu KKM, Dr Zaliha perlu mengharungi halangan dan cabaran, apatah lagi KKM adalah kementerian yang mempunyai kakitangan kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya melihatnya secara positif. Orang ramai mahu melihat perubahan dan penyelesaian kepada masalah mereka hadapi, terutamanya masalah lama yang kita ada dalam sistem kesihatan serta perkhidmatan kita.

“Seperkara lagi, ini adalah kerajaan baharu. Apa berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini seperti yang kita tahu, berdepan dengan wabak dan sebagainya, orang ramai begitu tertekan.

“Jadi saya rasa sekurang-kurangnya, sebagai seorang menteri, saya perlu melihatnya seperti itu dan kemudian memikirkan penyelesaian. Aduan demi aduan mencurah-curah. Tetapi jika anda melihatnya secara positif, anda akan cuba untuk cari penyelesaian,” katanya.

Tambahnya, ketika negara memasuki fasa endemik COVID-19, kes penyakit tidak berjangkit’ semakin meningkat dan sebenarnya, lebih banyak dalam kalangan orang muda.

“Apa yang sudah berlaku? Ini adalah satu daripada sebab yang mungkin (menyebabkan) kesesakan di kemudahan kami dan di jabatan kecemasan,” katanya.

Dr Zaliha yang berkhidmat sebagai pengamal perubatan di rangkaian poliklinik swasta terkenal di seluruh Johor sebelum menceburi bidang politik berkata, beliau tidak akan menolak prospek perkongsian awam-swasta bagi meringankan beban sektor penjagaan kesihatan kerajaan.

“Melangkah ke hadapan, saya rasa kita benar-benar perlu melihat jangka pendek, sederhana dan panjang. Kita perlu mengenal pasti langkah jangka pendek dan memahami realiti masalah semasa.

“Perkongsian awam-swasta perlu diambil kira kerana saya fikir pada penghujung hari, ia mestilah situasi menang-menang.

“Duduk dan berbincang dengan mereka, lihat apa mereka boleh lakukan untuk membantu negara...(apa yang mereka boleh lakukan) untuk mengurangkan beban perkhidmatan awam serta rakyat,” katanya. – The Vibes, 26 Februari 2023

Temu bual eksklusif The Vibes dengan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa tersedia di podcast Healthcare Today bersama Manvir Victor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan