web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Peruntukan Beri Ruang Bangun Kelestarian Alam Sekitar - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:25PM

Nik Nazmi berkata peruntukan lebih RM6.53 bilion itu mampu menggalakkan amalan hijau, dan pengurusan bencana lebih efisien serta menyeluruh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Peningkatan peruntukan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam Belanjawan 2023 memberi lebih banyak ruang bagi usaha pembangunan kelestarian alam sekitar.

Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peruntukan lebih RM6.53 bilion itu, yang meningkat sebanyak 8.4 peratus berbanding tahun lepas, mampu menggalakkan amalan hijau, mempertahan khazanah semula jadi negara dan pengurusan bencana lebih efisien serta menyeluruh.

Beliau berkata peruntukan itu juga memperlihatkan bahawa Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dalam agenda hijau di samping menyediakan infrastruktur berkualiti dan menyeluruh kepada rakyat.

“Kementerian menerima RM1.67 bilion peruntukan mengurus manakala RM4.87 bilion diberikan bagi peruntukan pembangunan. Kementerian juga akan memperhalusi setiap komitmen kerajaan secara terperinci untuk memerangi perubahan iklim serta impaknya kepada negara.

“Justeru, kementerian akan terus mengambil langkah proaktif untuk membantu rakyat seterusnya memberi impak positif kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Minyak dan Gas Sabah hari ini.

Nik Nazmi berkata demikian ketika diminta mengulas Belanjawan 2023 bertema ‘Membangun Malaysia MADANI’ yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata Belanjawan 2023 menunjukkan komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan seimbang menepati keperluan setiap pihak berkepentingan di samping mereformasi institusi serta tatakelola bagi mengembalikan keyakinan pelabur.

Nik Nazmi juga berkata lawatan dua hari ke Sabah bertujuan meninjau sendiri perjalanan beberapa projek terutama membabitkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dilaksanakan di negeri itu.

“Kementerian sangat komited untuk meningkatkan sistem penyampaian menerusi projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Saya sendiri telah melawat beberapa projek di Sabah hari ini dan saya melihat ia mampu mengukuhkan sistem bekalan air dan elektrik selain berupaya memberi impak kepada ekonomi Sabah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad