web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peruntukan RM59.82 Juta Mampu Merancakkan Pembangunan Ketengah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:20PM

Ahmad Zahid berkata peruntukan itu membolehkan pelbagai agenda pembangunan termasuk projek jaminan bekalan makanan dapat dilaksanakan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Tambahan peruntukan sebanyak 50 peratus kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada RM59.82 juta dalam Belanjawan 2023 berbanding RM39.8 juta sebelum ini mampu merancakkan pertumbuhan di wilayah itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan itu membolehkan pelbagai agenda pembangunan termasuk projek jaminan bekalan makanan dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berharap supaya peruntukan berkenaan dapat digunakan secara efektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kira-kira 200,000 warga Ketengah.

“Peruntukan tinggi kepada agensi (Ketengah) memperlihatkan harapan tinggi KKDW untuk rakyat menikmati pembangunan melalui belanjawan yang dibentangkan semalam,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis penyerahan Tabung Bencana Bumi Turkiye-Syria yang disumbangkan melalui kutipan derma daripada warga Ketengah dan anak syarikatnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan supaya pihak pengurusan Ketengah yang menguruskan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman supaya memaksimumkan penggunaan sumber yang ada bagi memacu perkembangan di wilayah berkenaan.

Ahmad Zahid berkata terdapat 17 produk dan destinasi pelancongan yang berpotensi yang telah dikenal pasti di wilayah itu yang berpotensi untuk diketengahkan bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri, sekali gus dapat menjana ekonomi wilayah.

“Tasik Kenyir yang kaya dengan kelestarian alam mempunyai potensi cukup besar jika promosi dilakukan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar.

“Selain itu ia juga pulau bebas cukai yang perlu dimanfaatkan bagi memajukan ekonomi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad