web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekurangan Telur, Ayam Mampu Diselesai Menjelang Ramadan - Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 8:45PM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan bekalan telur dan ayam diyakini mampu diselesaikan menjelang Ramadan ini, ekoran pelaksanaan program pemutihan lebih 200,000 tenaga buruh asing yang giat dilakukan sejak bulan lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masalah kekurangan tenaga buruh, terutamanya dalam sektor perladangan dan penternakan, menjadi antara punca krisis bekalan bahan mentah itu.

Katanya, KPKM sudah mengadakan perbincangan dengan pengusaha berhubung isu terbabit.

“Ketika ini, kawasan yang berdepan masalah kekurangan pekerja sedang dalam proses penambahan kerana kerajaan sejak Januari (lalu), melonggarkan syarat pengambilan pekerja asing dengan lebih 200,000 berjaya didaftarkan.

“Mereka (pekerja asing) ini akan bekerja di premis seperti ladang ternakan ayam dan lain-lain sektor perladangan yang memerlukan pekerja,” katanya selepas merasmikan Jelajah Agropelancongan dan Agrobelia di Georgetown, Pulau Pinang hari ini seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kerajaan menjadi pemudah cara, khususnya membabitkan aspek pengeluaran permit kepada tenaga buruh asing yang sudah berada dalam negara.

Ujarnya, ia dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Imigresen (Imigeresen) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) supaya golongan tersebut dapat bekerja secara sah.

Mohamad berkata, kenaikan harga bahan mentah, masih berpunca daripada peningkatan harga soya dan jagung yang bergantung kepada pasaran import, memandangkan pengeluaran jagung dalam negara tidak sesuai untuk makanan haiwan.

Jelasnya, jagung bijiran untuk haiwan, baru mula ditanam di Perlis dan tahun ini pihaknya akan mengusahakannya secara besar-besaran.

Usaha itu, katanya, bagi memastikan jagung jenis terbabit ada di Malaysia dan boleh menampung sebahagian (bekalan), seterusnya dapat mengawal harga ayam dengan lagi baik.

Mengulas lanjut, beliau berkata, biarpun harga makanan sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan kerana pelbagai faktor, pihaknya memberi jaminan bekalan berkenaan masih mencukupi.

“Tahun lalu, FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia) meletakkan Malaysia dengan markah 100 (peratus), ertinya tiadalah rakyat kita (yang) sampai tiada makanan langsung (kerana masalah bekalan).

“Mungkin harga naik dan turun tetapi (bekalan) makanan ada dan tidak menerima bantuan antarabangsa dari sudut makanan, tidak seperti negara-negara di Afrika,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad memaklumkan, Sabah dan Sarawak dilihat sebagai antara negeri berpotensi menawarkan ruang untuk memastikan keterjaminan makanan negara dalam jangka masa panjang.

Katanya, kerajaan kedua-dua negeri berkenaan juga akan membantu kerana mempunyai tanah luas dan membenarkan ia digunakan untuk tanaman yang boleh menjamin keterjaminan makanan.

Menerusi laporan Getaran Januari lalu, Mohamad memaklumkan, kementerian itu mendapat markah ‘tercorot’ menerusi laporan penilaian persepsi rakyat, berikutan isu kekurangan bekalan ayam dan telur yang berlarutan sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Namun, beliau berkata, semua kekurangan tersebut berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Menurutnya, bekalan ayam dan telur itu, khususnya di pasaran semakin pulih susulan langkah sementara diambil kerajaan dengan membenarkan bahan mentah berkenaan diimport.

Perkara itu, katanya, terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan, kekurangan telur pada bulan lalu hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kritikal sebelum itu pada November lalu, iaitu kira-kira 157 juta dan 118 juta pada Oktober. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad