web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Tatakelola Berkaitan Perolehan, Pemberian Kontrak Akan Dikemukakan Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 3:15PM

Ahmad Zahid berkata Akta Tatakelola tersebut merupakan lanjutan daripada tatakelola dan peraturan-peraturan perbendaharaan yang sedia ada. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Tatakelola akan dikemukakan di sidang Parlimen sebagai garis panduan prosedur perolehan dan pemberian kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Akta Tatakelola tersebut merupakan lanjutan daripada tatakelola dan peraturan-peraturan perbendaharaan yang sedia ada.

“Ini penting bagi mengelak daripada ketirisan berlaku, penyalahgunaan kuasa dan juga memberi garis panduan bukan terhadap spesifikasi sesuatu perkhidmatan, produk atau pun kerja-kerja, tetapi dari aspek harga serta tempoh waktu dan kualiti perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan,” katanya kepada pemberita selepas siaran langsung Selamat Pagi Malaysia dan Nasional FM anjuran Radio Televisyen Malaysia di Angkasapuri hari ini.

Ahmad Zahid berkata penambahbaikan dengan mewujudkan Akta Tatakelola adalah mustahak, agar tidak ada ketirisan disebabkan oleh faktor-faktor rasuah, keuntungan yang terlampau tinggi atau perkara-perkara yang menyebabkan rakyat akan terbeban akibat ketidakpatuhan tatakelola.

“Yang ada sekarang ini hanya berbentuk arahan dari perbendaharaan dan lebih penting apabila ia diaktakan, semua tatakelola dan pengendalian akan terikat kepada Akta.

“Jika ada terdapat beberapa elemen penyelewengan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, pesalah-pesalah itu akan terikat kepada hukuman-hukuman, jika pelanggaran itu dilakukan,” katanya.

Mengenai langkah syarikat berkaitan kerajaan mengambil alih institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti digariskan dalam Belanjawan 2023, Ahmad Zahid berkata langkah itu tidak memerlukan pihak swasta membina pusat latihan baharu, sebaliknya menggunakan kemudahan dan peruntukan sedia ada.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ini sekali gus membolehkan kursus-kursus TVET, disesuaikan dengan tenaga kerja yang ditempatkan di syarikat-syarikat berkenaan.

Ahmad Zahid berkata ini penting, kerana pasaran guna tenaga Malaysia memerlukan tenaga berketerampilan dan berkemahiran tinggi, supaya negara tidak lagi bergantung kepada pekerja asing yang akan membebankan negara. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar