web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penipuan Pelaburan: Polis Tahan 29 Individu Di 4 Negeri 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 1:12PM

Suspek terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita tempatan berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 29 individu disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan menerusi beberapa serbuan di sekitar ibu negara, Selangor, Perak dan Johor pada Selasa lepas.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata mereka terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita tempatan berusia lingkungan 24 hingga 38 tahun.

Beliau berkata sindiket berkenaan adalah dalang di sebalik beberapa skim pelaburan disyaki palsu yang baru sahaja ditubuhkan dengan menawarkan pelaburan pada kadar pulangan tinggi.

“Tawaran pelaburan dibuat melalui pelbagai medium di laman sosial. Skim pelaburan berkenaan dikenali sebagai Alpha Mineral Global, Asia Investment VIP (AIV Trading), Max Profit Guides Empire (Max Profit) dan CGC Revolution And Management,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata kejayaan serbuan itu berdasarkan hasil maklumat, risikan dan pemantauan yang dilakukan sejak beberapa bulan lepas.
Beliau berkata PDRM turut merampas antaranya 75 telefon bimbit, 73 kad ATM, 64 jenis barangan kemas dan wang tunai RM14,501.

“Kesemua suspek telah mendapat perintah reman antara satu hingga empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“PDRM menjangkakan jumlah mangsa yang terlibat adalah kecil memandangkan skim pelaburan ini baharu diwujudkan,” katanya.

Noorsiah meminta mana-mana individu yang mungkin telah menjadi mangsa sindiket itu tampil membuat laporan polis dan mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada serta melakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.
“Orang ramai diminta dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti semak mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim yang meragukan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad