web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Alukan Unit Khas Banteras Pornografi Kanak-Kanak, Hargai Peruntukan Diberi - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 7:11AM

Penubuhan unit khas ini akan memberikan impak positif terhadap usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan penubuhan sebuah unit khas di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak diumumkan Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2023 semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, unit khas itu akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengesan pelaku terbabit.

“Penubuhan unit khas ini akan memberikan impak positif terhadap usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berhubung peruntukan belanjawan itu, beliau berkata, PDRM menghargai peruntukan RM10 juta seperti diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai geran pengoperasian, bagi mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaa (NSRC) untuk mengekang jenayah penipuan dalam talian atau scam.

Menurutnya, selain pengumuman kerajaan bagi penjawat awam dalam belanjawan 2023, PDRM turut menghargai usaha penyaluran beberapa peruntukan yang akan dinikmati secara langsung warga pasukan keselamatan negara itu.

Peruntukan itu, katanya, membabitkan RM18.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.

“Peruntukan hampir RM1 bilion untuk agensi di bawah KDN bagi memperkasakan keselamatan dalam negeri, antaranya untuk memperoleh lebih 2,100 unit kamera badan untuk anggotanya

“Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan kuaters polis baharu dengan kos RM450 juta, selain penambahan 42 pos kawalan sempadan pasukan gerakan am (PGA), Jabatan Imigeren Malaysia (Imigresen), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memperketat kawalan sempadan negara.

“Selain peruntukan RM500 juta untuk menyelenggara rumah keluarga angkatan tentera dan membaik pulih kuaters kediaman serta institusi di bawah KDN,” katanya.

Acryl Sani berkata, PDRM akan memastikan peruntukan diumumkan kerajaan melalui belanjawan itu, dimanfaat sepenuhnya.

“(Ia) akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memelihara ketenteraman dan keamanan negara dalam mencapai tema Membangun Malaysia Madani,” katanya. – Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad