web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Hutang Kurang RM50,000 Dilepaskan Mulai 1 Mac Jika Penuhi Syarat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:59PM

Anwar berkata kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 dan memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan membabitkan kes tersebut dibuat sementara menunggu pindaan Akta Insolvensi 1967.

Menurut beliau, kerajaan menyasarkan kira-kira 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis sebaik pindaan akta tersebut diluluskan kelak.

“Rakyat yang diisytihar muflis berhak mempunyai peluang kedua.

“Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata kerajaan menyasarkan kira-kira 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis sebaik pindaan akta tersebut diluluskan kelak.
Anwar berkata kerajaan menyasarkan kira-kira 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis sebaik pindaan akta tersebut diluluskan kelak.

Menurut beliau, setakat bulan lalu, lebih 260,000 kes muflis direkodkan, dengan majoritinya membabitkan golongan muda Melayu yang berpotensi menyumbang kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta bagi geran pengoperasian National Scam Response Centre (NSRC) untuk menangani jenayah penipuan dalam talian yang semakin parah.

“Untuk tahun lepas sahaja, lebih 25,000 jenayah ini direkodkan dengan kerugian sebanyak RM850 juta.

“Walaupun kerajaan menubuhkan NSRC, tetapi belum ada dasar seragam dalam menangani isu ini kerana setiap institusi perbankan mengeluarkan garis panduan masing-masing,” katanya.

Jelas Anwar lagi, Bank Negara juga akan menguatkuasakan dasar kill switch kepada semua institusi perbankan.

Katanya, ini bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan segera membekukan akaun mereka, termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan. – Getaran, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad