web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


62 Jemaah Umrah Malaysia Terkandas Di Jakarta Akhirnya Berlepas Ke Makkah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 4:14PM

Seramai 62 jemaah umrah dari Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia, telah berlepas ke Makkah pagi ini. - Gambar dari Facebook EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jemaah umrah dari Malaysia yang dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia semalam kerana ditahan pihak berkuasa negara berkenaan akibat masalah tiket, disahkan sudah berlepas ke Makkah pagi ini.

Jurucakap Unit Komunikasi Pemasaran EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ) berkata, kesemua jemaah umrah yang mengalami kelewatan penerbangan akibat masalah teknikal di Jakarta, Indonesia itu, berlepas ke Tanah Suci menggunakan penerbangan Saudi Airlines.

“Kesemua jemaah sudah berlepas menerusi tiga peringkat sejak awal pagi tadi dan penerbangan kumpulan pertama, akan tiba di Jeddah pada jam 11.28 pagi waktu tempatan (4.28 petang waktu Malaysia),” katanya.

EMRAZ adalah agensi yang bertanggungjawab menguruskan pakej umrah kesemua jemaah terbabit.

Kenyataan yang dikeluarkan EMRAZ berhubung 62 jemaah yang terkandas di Indonesia.
Kenyataan yang dikeluarkan EMRAZ berhubung 62 jemaah yang terkandas di Indonesia.

Menurut jurucakap itu, isu kelewatan berkenaan timbul akibat masalah teknikal melibatkan tiket penerbangan, menyebabkan jemaah umrah terbabit, tidak dibenarkan mendaftar masuk untuk perjalanan dari Jakarta ke Jeddah.

Bagaimanapun katanya, tindakan pantas pihak pengurusan syarikat berjaya menyelesaikan isu tersebut dan jemaah terkesan dibawa ke hotel penginapan, sementara menunggu penerbangan berikutnya.

Jelasnya, situasi itu boleh berlaku sewaktu transit, terutama membabitkan musim padat, seperti cuti sekolah dan pihak syarikat sentiasa memastikan kebajikan jemaah sentiasa dijaga.

“Pihak EMRAZ akan terus memastikan semua pelanggan syarikat kami, diberikan perkhidmatan terbaik.

“Bagi maklumat lanjut dan sebarang persoalan, sila emel ke marcomm @emraztravel.com,” katanya.

Jemaah umrah ini tidak dibenarkan berlepas sebelum ini, berikutan kegagalan pihak agensi pelancongan membeli tiket penerbangan balik dari Jeddah. - Gambar dari Facebook EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd
Jemaah umrah ini tidak dibenarkan berlepas sebelum ini, berikutan kegagalan pihak agensi pelancongan membeli tiket penerbangan balik dari Jeddah. - Gambar dari Facebook EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd

Terdahulu, media melaporkan seramai 62 jemaah umrah dari Malaysia, terkandas di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Jemaah itu yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2 petang semalam, dijadualkan transit di Jakarta sebelum berlepas ke Jeddah pada jam 7 petang hari sama.

Kumpulan jemaah itu sepatutnya menunaikan ibadah umrah bermula semalam hingga 7 Mac depan.

Namun, kesemua mereka tidak dibenarkan berlepas berikutan kegagalan pihak agensi pelancongan membeli tiket penerbangan balik dari Jeddah.

Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa lapangan terbang tidak membenarkan kumpulan jemaah terbabit melakukan penerbangan ke Jeddah, meskipun tiket ke sana menggunakan pesawat Saudi Airlines sudah dibeli. – Getaran, 24 Februari 2023

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 47 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar